Menjejak usia ke-41, TV3 terus menjadi stesen televisyen pilihan utama rakyat Malaysia, mewarnai landskap hiburan negara dengan pelbagai drama yang berjaya mencuri hati penonton. Sejak ditubuhkan pada 1 Jun 1984, TV3 bukan sahaja mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju penyiaran, malah turut menjadi platform utama yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat melalui cerita-cerita yang dekat dengan budaya dan kehidupan seharian rakyat.

Sepanjang empat dekad lebih, drama-drama TV3 seperti Nur Kasih, 7 Hari Mencintaiku, Takdir Yang Tertulis, Melur Untuk Firdaus, Aku Bukan Ustazah dan Anak-Anak Mafia terus mewarnai kaca televisyen dan menjadi perbualan hangat di media sosial. Kejayaan ini membuktikan bahawa TV3 bukan sekadar stesen hiburan, tetapi sebuah fenomena budaya yang terus relevan dan disayangi pelbagai generasi.

Dalam meraikan ulang tahun ke-41, TV3 mempersembahkan pelbagai program menarik serta inisiatif interaktif bagi mengeratkan hubungan dengan penonton setia. Antaranya ialah kerjasama eksklusif bersama MPH Bookstores di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 (PBAKL), yang menawarkan pakej istimewa drama popular berbentuk novel adaptasi serta langganan percuma ke platform TontonUp.

Menarik perhatian juga adalah tayangan semula drama-drama ikonik yang pernah mencatatkan rekod tontonan tinggi dan meninggalkan kesan mendalam dalam dunia seni drama tempatan. Drama seperti 7 Hari Mencintaiku 2, Nur Kasih dan Nur dijadualkan bersiaran semula bagi membolehkan penonton mengimbau kembali detik-detik penuh emosi dan cerita yang memukau.

Sambutan turut diwarnai dengan sesi Meet & Greet bersama pelakon popular drama Anak-Anak Mafia dan Aku Bukan Ustazah 2, memberikan peluang peminat bertemu dan berinteraksi dengan artis kegemaran mereka secara langsung. Ini diikuti dengan pelancaran projek khas “Dari Layar Ke Lensa” yang menampilkan empat selebriti sebagai pengarah cerekarama, memberi nafas baharu kepada penceritaan tempatan serta membuka ruang kepada kreativiti dan bakat baru.

Bagi memperkukuh industri drama tempatan, TV3 turut mengadakan Pencarian Pelakon Drama Sangat dan sesi ujibakat untuk projek baharu, sekaligus memberi peluang kepada bakat muda menyerlah di persada seni. Program ini juga melibatkan kerjasama dengan universiti terkemuka sebagai usaha membina generasi pelakon masa depan.

Tidak ketinggalan, TV3 memperkenalkan sembilan wajah baharu dalam barisan penyampai berita mereka, mengukuhkan pasukan yang akan terus memberikan berita tepat dan berkualiti kepada penonton. Penambahan ini menunjukkan komitmen stesen untuk sentiasa memperbaharui dan melatih bakat dalam industri penyiaran.

Menambah lagi kemeriahan, TV3 berkolaborasi dengan penyanyi dan ikon fesyen, Ernie Zakri, menerusi koleksi eksklusif edisi terhad yang menggabungkan elemen seni dan gaya khas buat peminat setia. Kempen ini mencerminkan inovasi TV3 dalam menjalin hubungan lebih erat dengan penonton melalui pelbagai medium.

Ulang tahun ke-41 TV3 ini bukan sahaja sebuah penghargaan kepada kejayaan lalu, malah lambang komitmen untuk terus maju dan berinovasi dalam memberikan kandungan terbaik buat rakyat Malaysia. TV3 kekal sebagai suara masyarakat dan platform hiburan yang mampu menyentuh hati serta menyatukan penonton dari pelbagai latar belakang.

TV3 juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penonton yang menjadi sumber inspirasi dan kekuatan sepanjang perjalanan ini. Sokongan berterusan anda semua membakar semangat TV3 untuk terus menghasilkan karya yang bermutu dan penuh makna, serta membawa hiburan yang mendidik dan menghiburkan.

Untuk maklumat terkini tentang drama dan program TV3, anda boleh mengikuti saluran rasmi di Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.