Peminat lagu balada dan kisah cinta yang penuh dengan perasaan mendalam bakal disajikan dengan satu persembahan istimewa daripada kumpulan popular Indonesia, Dadali. Konsert bertemakan “Sebuah Kisah Volume 1” ini akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada Sabtu, 5 Julai 2025, bermula jam 9 malam hingga 11 malam.

Dikenali sebagai “King of Sad Song”, Dadali akan mempersembahkan lagu-lagu hit mereka yang sarat dengan cerita patah hati dan harapan dalam cinta. Lagu-lagu seperti “Disaat Aku Mencintaimu”, “Disaat Aku Tersakiti”, “Disaat Sendiri”, dan juga lagu utama konsert “Sebuah Kisah” akan mengisi malam penuh emosi ini. Turut memeriahkan acara ialah penyanyi terkenal Malaysia, Ronnie Hussein, yang bakal menyuntik lebih warna dalam persembahan malam tersebut.

Para peminat boleh memilih tiket mengikut kategori yang disediakan mengikut keselesaan dan bajet masing-masing. Tiket kategori “Di Saat Aku Mencintaimu” menawarkan ruang berdiri dengan harga RM188, manakala tiket tempat duduk biasa bertajuk “Di Saat Sendiri” berharga RM228. Untuk pengalaman yang lebih eksklusif, tiket premium “Di Saat Aku Tersakiti” dengan tempat duduk lebih selesa dijual pada harga RM258. Bagi yang mahukan layanan VIP, tiket “Sebuah Kisah” menyediakan VIP Box yang boleh memuatkan sehingga 12 orang pada harga RM588, termasuk sesi Meet & Greet bersama artis.

Pembelian tiket kini mudah dan fleksibel dengan pilihan pembayaran ansuran melalui platform Atome, SPayLater, dan Grab PayLater di www.myticketempire.com. Skim ini membolehkan peminat memiliki tiket tanpa perlu membayar sekaligus.

Konsert ini merupakan hasil kerjasama Ultimate Teamworks Malaysia, Ultimate Media, dan BIZCreations, dengan sokongan daripada Tourism Malaysia dan kempen Visit Malaysia 2026, sebagai salah satu inisiatif untuk memajukan industri hiburan dan pelancongan tempatan.

Jangan lepaskan peluang merasai sendiri keindahan lagu dan kisah penuh perasaan bersama Dadali pada malam yang penuh nostalgia ini. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari www.myticketempire.com atau hubungi Cipot di 019-2794499 serta email cipotredz@gmail.com.