Kuala Lumpur bakal menjadi saksi sekali lagi kepada keajaiban suara solois muda sensasi dari Indonesia, Feby Putri, yang akan kembali mengadakan persembahan eksklusif buat kali ketiga berturut-turut di Malaysia. Setelah kejayaan dua tahun lalu — bermula dengan debut memukaunya pada 2023 dan diikuti dengan sambutan luar biasa di Zepp Kuala Lumpur pada Julai 2024 — Feby akan kembali pada 19 Julai 2025 (Sabtu), jam 8:30 malam di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert kali ini membawa tema “FEBY PUTRI Vol.3 – HITAM PUTIH Live in Kuala Lumpur”, berinspirasikan album keduanya yang sarat dengan makna peribadi. Album Hitam Putih mencerminkan perjalanan hidup Feby saat merantau — momen suka dan duka yang diterjemahkan melalui lirik jujur dan aransemen muzik yang menyentuh jiwa, seiring dengan identiti unik Feby Putri yang kian matang sebagai penyanyi dan penulis lagu.

Peminat bakal dihidangkan dengan barisan lagu-lagu popular daripada album sulung Riuh, serta karya terbaharu daripada Hitam Putih. Ini adalah peluang istimewa untuk merasai sendiri keindahan emosi dan vokal Feby dalam suasana lebih intim dan eksklusif — pengalaman yang dijangka meninggalkan kenangan manis buat semua yang hadir.

Tiket konsert kini boleh didapati melalui www.ilassotickets.com/febyvol3 dengan pelbagai kategori untuk dipilih:

  • HALU – RM159 (Zon Berdiri Belakang)

  • HITAM PUTIH – RM189 (Zon Berdiri Hadapan)

  • USIK – RM209 (Tempat Duduk Biasa)

  • DIRI – RM259 (Tempat Duduk Premium)

  • VIP BOX – RM359/pax (10 orang/box termasuk barangan eksklusif)

  • MEET & GREET – RM179 (Termasuk sesi pertemuan bersama Feby + barangan eksklusif)

Konsert ini dibawakan khas oleh Miebird Projects, dengan produksi oleh Blackcat Asia, publisiti oleh OPR Network, dan lokasi rasmi di Zepp Kuala Lumpur.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah muzik Feby Putri di Malaysia. Tempah tiket anda hari ini dan bersedia untuk malam penuh emosi, keindahan, dan suara yang menyentuh hati.