Pulau Pinang bakal menyaksikan kemuncak kemeriahan hiburan apabila Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) menjadikan AEON Mall Bukit Mertajam sebagai lokasi seterusnya dalam siri jelajah Melodi Terhangat Superstar Tour. Berlangsung pada Sabtu, 19 Julai 2025, acara ini menjanjikan pengalaman istimewa buat peminat hiburan tanah air di utara Semenanjung.

Selepas memulakan siri jelajah di Johor, AMT2025 kini mendekati peminat di luar Lembah Klang dengan lebih dekat dan mesra. Jelajah ini bukan sekadar sesi promosi anugerah, tetapi satu platform merakyatkan budaya pop dan hiburan Malaysia secara langsung. Kemeriahan ini disemarakkan lagi dengan kehadiran nama-nama besar seperti Amyra Rosli, Hael Husaini, Aman Aziz, Raden Zaharatul, Puteri Khareeza dan Zarif Ghazzi, yang bakal turun padang dalam sesi ramah mesra bersama peminat, bergambar dan menyampaikan persembahan eksklusif secara langsung.

Sebagai Penaja Bersama dan Rakan Kereta Rasmi AMT2025, PROTON turut mengambil peluang untuk memperkenalkan All-New PROTON X50 secara lebih dekat kepada orang ramai. Pengunjung bukan sahaja boleh melihat model baharu ini secara eksklusif, malah berpeluang membuat tempahan awal (pre-booking) di lokasi acara.

Paling menarik, acara ini juga menjadi medan pelancaran kempen Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar, di mana seorang pengunjung bertuah bakal memenangi sebuah All-New PROTON X50 yang serba baharu – menjadikan kunjungan ke jelajah ini lebih berbaloi dan penuh kejutan.

Melodi Terhangat Superstar Tour jelas membuktikan komitmen TV3 dalam menjadikan hiburan lebih inklusif dan mendekati rakyat. Dengan gabungan selebriti terkenal, hadiah lumayan dan paparan jenama tempatan seperti PROTON, AMT2025 di Bukit Mertajam pastinya menjadi tumpuan utama hujung minggu ini.

Untuk maklumat lanjut tentang selebriti yang terlibat, aktiviti di lokasi dan kejutan lain, ikuti akaun rasmi @TV3Malaysia dan @MelodiTV3 di media sosial. Jangan lepaskan peluang jadi sebahagian daripada pesta hiburan paling hangat tahun ini!