Hausboom sekali lagi mencatat sejarah dengan mengumumkan penganjuran AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink, sebuah acara muzik dan gaya hidup tahunan terbesar yang bakal berlangsung pada 11 dan 12 Oktober 2025 di MAEPS Serdang. Berkonsepkan tema baharu, “Paint The Town Red”, festival tahun ini hadir dengan lebih berani, lantang dan penuh tenaga, seiring simbolik warna merah yang melambangkan semangat, keberanian dan keberlangsungan.

Kerjasama epik bersama AirAsia menjadikan festival ini lebih daripada sekadar festival muzik. Tahun ini, AirAsia bukan sahaja bertindak sebagai rakan utama, malah membawa elemen hiburan, gaya hidup dan kejutan eksklusif untuk semua pengunjung. Antara yang paling dinantikan ialah Kempen AirAsia x Hausboom: Scan & Win, yang memperkenalkan label khas edisi terhad pada 9 perisa minuman Hausboom. Setiap imbasan QR Code menawarkan peluang memenangi hadiah lumayan termasuk AirAsia Unlimited Free Flights, tiket penerbangan pergi-balik ke 18 destinasi, baucar AirAsia MOVE, hadiah tunai sehingga RM50,000, serta tiket percuma ke festival.

Festival tahun ini juga menandakan tahun kedua kerjasama dengan Hotlink, yang memperjuangkan nilai lebih untuk pengguna bijak berbajet. Melalui pelancaran empat tin Hausboom edisi terhad, pengguna boleh mengimbas QR Code untuk sertai ganjaran Menang Ahad, yang menjanjikan hadiah setiap minggu seperti telefon pintar, internet percuma, baucar makanan & minuman, serta 1000 tiket percuma ke festival.

Menambah kemeriahan, Perodua turut berganding tenaga dengan menawarkan hadiah terbesar sepanjang sejarah festival sebuah Perodua Ativa baharu melalui cabutan bertuah eksklusif di pentas utama. Pada masa sama, Hausboom KL Foodie Fest dengan kerjasama KL Foodie bakal menghimpunkan lebih 100 vendor makanan unik, menjadikan festival ini syurga buat penggemar kulinari.

Bukan itu sahaja, 7-Eleven tampil sebagai rakan rasmi kedai serbaneka, menawarkan kemudahan makanan “grab-and-go”, Slurpee, kopi segar dan soft serve, memastikan pengalaman pengunjung lebih mudah dan menyeluruh.

Dari segi hiburan, festival ini menjanjikan barisan artis yang luar biasa daripada legenda seperti Dato’ M. Nasir, Ella, Dato’ Jamal Abdillah, Slam, Def-Gab-C, hinggalah ke nama besar masa kini seperti Bunkface, K-Clique, Noh Salleh & Restoe Iboe, Spider, Salammusik serta bakat muda seperti Dolla, Insomniacks, No Good dan ramai lagi. Tidak ketinggalan artis serantau dari Indonesia termasuk Samsons, Bernadya, Kunto Aji, Feby Putri, Nadhif Basalamah dan Ghea Indrawari, menambah dimensi antarabangsa pada festival ini.

Selain muzik, Hausboom Lokal Fest 2025 bakal memeriahkan festival dengan lebih 80 jenama streetwear dan lifestyle, termasuk SVG, Makerz, Kyrex, The Capcity serta koleksi thrift eksklusif bersama SOVO. Festival ini bukan sekadar hiburan, tetapi ruang kreatif untuk muzik, fesyen dan gaya hidup anak muda.

Tiket kini telah mula dijual pada harga bermula RM119 (General Admission), RM299 (Rockzone) dan RM1,200 (VVIP) yang menawarkan pengalaman eksklusif seperti premium deck view, hidangan & minuman tanpa had, tandas peribadi serta laluan ekspres. Tiket boleh dibeli melalui laman rasmi: sayalive.io/hausboomfestival2025.

Dengan gabungan muzik, fesyen, makanan, serta pelbagai hadiah lumayan, AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink bakal menjadi acara gaya hidup paling epik tahun ini festival yang benar-benar menggegarkan Malaysia!.