Khabar gembira buat warga Bumi Kenyalang! Karnival Jom Heboh (KJH) Segulai Sejalai Sarawak bakal kembali menggamatkan Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching dari 5 hingga 7 September 2025 (Jumaat hingga Ahad). Penganjuran kali ini menjanjikan hujung minggu penuh hiburan, tawaran menarik dan pelbagai aktiviti mesra keluarga yang mengangkat semangat kebersamaan masyarakat Sarawak.

Antara tarikan utama termasuk Konsert Jom Heboh dua malam berturut-turut, pertandingan karaoke, permainan pentas, serta sesi ramah mesra bersama selebriti drama TV3 dan personaliti Media Prima. Kerjasama strategik dengan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) turut membawa pelbagai aktiviti menarik daripada agensi seperti Jabatan Muzium, Lembaga Pelancongan Sarawak, Majlis Seni Sarawak, BeSarawak, Majlis Kraf Sarawak dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.

Tidak ketinggalan, pengunjung juga boleh merasai pelbagai pengalaman unik seperti NSTP Racing Sim Experience, Pertandingan Ratu Etnik Drama Sangat, Spin Fighters Challenge, Zumba, pemeriksaan kesihatan percuma, aktiviti memanah, bola sepak jalanan serta Soopa Doopa. Keseronokan ini turut dilengkapi dengan Love Food Festival yang menawarkan deretan juadah viral kegemaran ramai, selain tawaran jualan istimewa dan aktiviti penuh nilai seperti Sembang Santai sempena Maulidur Rasul pada malam Jumaat, 5 September.

Malam karnival akan dimeriahkan dengan Konsert Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak dibawakan oleh U Mobile. Pada Sabtu, 6 September, pentas utama akan digegarkan oleh Lan Solo, Marsha Milan, Ara Johari, Haiza dan Datuk Aishah. Manakala pada Ahad, 7 September, pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan mantap daripada Floor 88, Wany Hasrita, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini dan Amir Jahari.

Selain itu, pelbagai reruai menarik menanti anda termasuk Studio Tonton Drama Sangat, Studio Jom Heboh serta Kedai Jom Heboh yang menawarkan cenderahati eksklusif TV Media Prima pada harga berpatutan. Studio interaktif ini turut menampilkan selebriti terkenal, penyampai radio Media Prima Audio, pertandingan Jaguh Kartun, serta maskot popular Ejen Ali untuk hiburan seisi keluarga.

Lebih 100 reruai tambahan daripada pelbagai jenama dan agensi turut hadir dengan tawaran promosi hebat, hadiah menarik dan aktiviti interaktif. Antara yang terlibat termasuk KWSP, F&N, Kewpie, Treatz Food, Affin Bank, Zus Coffee dan banyak lagi.

Warga Borneo, inilah peluang untuk bersama-sama menyambut karnival paling meriah tahun ini! Bawa keluarga, sahabat dan rakan-rakan untuk menikmati hiburan tanpa henti, juadah lazat serta peluang beramah mesra bersama selebriti kegemaran anda. Jangan lupa abadikan momen indah ini dan kongsikan keseronokan anda dengan tanda pagar rasmi #TV3SentiasaBersamamu dan #KarnivalJomHeboh.

Untuk maklumat lanjut, layari www.jomheboh.com.my atau ikuti media sosial rasmi di Facebook dan Instagram: @jomhebohofficial.