Kumpulan AFFIN (“AFFIN” atau “Kumpulan”) memperkenalkan pengalaman hujung minggu yang unik menerusi AFFIN Universe, sebuah destinasi gaya hidup selama dua hari yang bakal menghidupkan Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Acara ini berfungsi sebagai platform dinamik yang menghimpunkan hiburan, budaya serta tarikan utama daripada pelbagai industri, dan akan berlangsung pada 7 dan 8 Februari 2026 (Sabtu dan Ahad) dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. AFFIN Universe Anniversary Showcase direka sebagai pengalaman menyeluruh sepanjang hari, berbeza daripada konsep pameran konvensional, dengan menawarkan gabungan persembahan secara langsung, penampilan selebriti, zon interaktif dan aktiviti yang menggalakkan penerokaan serta penglibatan bermakna.

Menampilkan penyertaan daripada pelbagai industri termasuk automotif, pelancongan, fesyen dan makanan, acara ini disusun mengikut zon bertema bagi membolehkan pengunjung menikmati perjalanan gaya hidup kontemporari yang lancar dari satu ruang ke satu ruang. Program hujung minggu ini turut dimeriahkan dengan persembahan dan penampilan oleh Hael Husaini, Marsha Milan, Mimifly, Dato’ Seri Aliff Syukri, Wani Kayrie, Afieq Shazwan, Puteri Khareeza, Imran Aqil, Atita Haris, Fiza Sabjahan, Fedtri Yahya, Fizi Ali, Dato’ Fazley dan Dr. Soo Winci. Selain itu, pengunjung juga berpeluang mengikuti segmen istimewa ‘Let’s Talk’ bersama Sarimah Ibrahim, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Marriott Bonvoy. Antara tarikan utama acara ini ialah siaran langsung istimewa yang menghimpunkan dua podcast kewangan terkemuka Malaysia, Financial Faiz dan Mr. Money TV.




Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN, Datuk Wan Razly Abdullah, berkata pameran ini mencerminkan penglibatan AFFIN yang lebih meluas dalam aspek gaya hidup dan komuniti. Menurut beliau, sebagai sebuah institusi kewangan, peranan AFFIN melangkaui perbankan dengan usaha menghubungkan perniagaan kepada peluang serta komuniti kepada pengalaman bermakna. Melalui AFFIN Universe, AFFIN menghimpunkan rakan strategik dan usahawan dalam satu ekosistem yang membolehkan produk, idea dan individu bertemu di bawah satu platform.

Dianjurkan sempena Ulang Tahun ke-50 AFFIN, acara ini mencerminkan komitmen berterusan Kumpulan untuk berinteraksi dengan komuniti di luar skop perkhidmatan perbankan. Walaupun pengunjung berpeluang menerokai tawaran terkini AFFIN di lokasi acara, fokus utama tetap diberikan kepada pengalaman, kreativiti dan pembinaan hubungan, sekali gus menjadikan pameran ini terbuka dan relevan kepada semua lapisan masyarakat, sama ada pelanggan sedia ada mahupun orang ramai.

AFFIN Universe Anniversary Showcase akan berlangsung di MITEC Kuala Lumpur, Dewan 9, Aras 3 pada 7 hingga 8 Februari 2026 (Sabtu dan Ahad) dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Acara ini disertai oleh pelbagai jenama merangkumi sektor fesyen, automotif, gaya hidup, makanan, pelancongan, kesejahteraan dan ekonomi digital, termasuk Bulan Bintang, Awan by Bulan Bintang, Generali Malaysia, Marriott Bonvoy, Bursa Malaysia, Rumah Sarawak, World Mineral Galleria, No. 8 Luxury, Bufori, Aston Martin Kuala Lumpur, Porsche – Sime Darby Auto Performance, BMW – Millenium Welt, BookXcess, DePop Asia Distributor, AS Legacy, Landasan Lumayan Sdn. Bhd., Badminton Association of Malaysia, The Music Run by AFFIN, Toyota – Laser Motor Group, Harley-Davidson Malaysia, Vespa Malaysia, Proton, Perodua, serta pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen, produk dan perkhidmatan AFFIN, orang ramai boleh melayari www.AffinAlways.com atau mengikuti @affinmy di Instagram, Facebook dan TikTok. Aplikasi ATMOZFR juga boleh dimuat turun untuk mendapatkan maklumat dan acara terkini yang dikuasakan oleh AFFIN.