Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Je Hoon, yang telah lama menambat perhatian penonton menerusi pelbagai watak di kaca televisyen dan layar perak, bakal menemui peminatnya di Malaysia melalui sebuah acara fan meeting. Dianjurkan oleh Shanghai SanYanSiYu Cultural Creativity dan TopGallant Show, 2026 LEE JE HOON FANMEETING [Our 20th Moment] in Kuala Lumpur akan berlangsung pada 11 April 2026 (Sabtu), jam 6 petang, bertempat di Zepp Kuala Lumpur. Fan meeting ini diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-20 penglibatannya dalam industri hiburan, sebagai penghargaan dan perkongsian detik bermakna antara Lee Je Hoon dan peminat yang hadir.

Sejak kebelakangan ini, Lee Je Hoon dikenali melalui peranan utama dalam drama popular tiga musim, “Taxi Driver”, yang menyaksikan beliau memenangi Anugerah Drama SBS – Grand Prize (Daesang) pada 2023 dan 2025, selain menerima Top Excellence Award pada 2021. Beliau turut membintangi drama “Signal” (2016) yang mendapat penarafan tinggi dan dijadualkan kembali dengan Musim Kedua pada tahun ini. Lee Je Hoon mula meraih perhatian menerusi filem indie “Bleak Night” (2011) sebelum mencatat kejayaan besar dengan filem box-office “Architecture 101” (2012). Antara karya lain yang mendapat sambutan termasuk drama “Move to Heaven” (2021), “Chief Detective 1958” (2024), serta filem “Escape” (2024).

Fan meeting ini bakal menampilkan pelbagai pengisian menarik termasuk persembahan istimewa serta sesi interaksi bersama Lee Je Hoon. Peminat berpeluang menghadiri sesi tandatangan poster dan fotografi, termasuk sesi 1:1 dan berkumpulan, sebagai sebahagian daripada faedah peminat bergantung kepada kategori tiket.

Harga tiket dan faedah peminat adalah seperti berikut: untuk SVIP bernilai RM888, termasuk sound check, sesi Hi-Touch, poster rasmi dengan tandatangan digital, tiket cenderamata eksklusif Kuala Lumpur, sesi foto 1:1 dan berkumpulan, serta polaroid dan poster bertandatangan untuk jumlah terhad peminat. VIP BOX (RM4,988) dan VIP (RM658) menawarkan faedah serupa dengan jumlah peminat yang berbeza untuk sesi foto dan tandatangan. Manakala ZONE A (RM398) menyediakan sesi foto berkumpulan, sesi Hi-Touch, poster rasmi dengan tandatangan digital, tiket cenderamata, polaroid bertandatangan serta poster bertandatangan untuk peminat terpilih.

Tiket boleh diperoleh bermula 25 Februari 2026 (Rabu), jam 12 tengah hari melalui fantopia.io, my.trip.com dan www.ctrip.com. Peminat juga boleh mengikuti San Yan Si Yu di Instagram (@sanyansiyu) dan X (@sanyansiyu29) untuk kemas kini terkini, atau melayari www.topgallantshow.com untuk maklumat lanjut.

Maklumat syarikat penganjur: TOPGALLANT SHOW SDN BHD (1531660-A), Block J-8-3, No.2 Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara, 50480, Kuala Lumpur. Telefon: +6012-816 2218 | www.topgallantshow.com.