Tirai jelajah acara padang paling ikonik negara, Karnival Jom Heboh (KJH) 2026, kini dibuka secara rasmi dengan lokasi pertama bertempat di Stadium Negeri Batu Kawan. Penganjuran kali ini tampil lebih luar biasa menerusi kolaborasi sulung bersama Karnival Mega JPJ MADANI bersempena sambutan lapan dekad penubuhan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Berlangsung dari 24 hingga 26 April 2026, festival tiga hari ini menggabungkan kemeriahan hiburan keluarga dengan pelbagai inisiatif mesra rakyat yang bertujuan untuk memberi manfaat secara langsung kepada komuniti setempat.
Majlis Peluncuran Rasmi oleh Kepimpinan Negara Hari kedua karnival (Sabtu, 25 April) bakal menyaksikan sejarah tersendiri dengan kehadiran YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, bagi merasmikan Majlis Peluncuran Sambutan Ulang Tahun JPJ ke-80. Kehadiran beliau bersama barisan menteri kabinet termasuk Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook, memperlihatkan kepentingan acara ini dalam memperkasa perkhidmatan awam yang inklusif buat rakyat.
Manfaat Eksklusif Untuk Pengunjung Sebagai menghargai sokongan rakyat, pelbagai tawaran istimewa disediakan sepanjang tiga hari acara:
- Inisiatif Keselamatan: Pertukaran topi keledar percuma dan servis minyak hitam motosikal tanpa bayaran untuk pengunjung terawal.
- Perkhidmatan Kaunter: Jualan nombor pendaftaran kenderaan popular dan pameran agensi kerajaan.
- Zon Kebajikan: Agihan 12,000 pek nasi kari percuma dan pemeriksaan kesihatan serta pergigian percuma untuk semua.
- Aktiviti Sukan: Acara JPJ Fun Run, Zumba Challenge, dan perlawanan Battle of the Band peringkat IPT.
Pengalaman Hiburan Menyeluruh KJH 2026 di Batu Kawan turut membawakan pengisian eksklusif daripada jenama di bawah Media Prima:
- Zon Tonton Drama Sangat: Sesi ramah mesra bersama bintang televisyen popular, pertandingan Karaoke Juara AJL, dan sambutan ulang tahun ke-10 Ejen Ali.
- Aktiviti Interaktif: Teroka Dunia Kreatif NSTP melalui pertandingan ‘Wartawan Cilik’ dan nikmati segmen kecantikan ‘Jom Cantik’ di Studio Jom Heboh.
- Zon Seram: Debaran di Rumah Hantu Jom Heboh x Pewaris Susuk yang menampilkan aura filem lakonan Dato' Rosyam Nor.
Konsert Mega Dua Malam Sebagai pelengkap kemeriahan, Konsert Jom Heboh bakal menghimpunkan barisan artis paling berpengaruh tanah air. Pentas Sabtu bakal digegarkan oleh Dato' Sri Siti Nurhaliza dan Dato' Awie, manakala pentas Ahad bakal menampilkan bintang muda sensasi seperti Hael Husaini, Floor 88, Ara Johari, dan ramai lagi.
Penganjuran ini turut dimeriahkan dengan Love Food Fest yang menampilkan vendor makanan tular serta lebih 150 reruai jualan yang menawarkan pelbagai promosi menarik.
Seluruh warga utara dijemput hadir beramai-ramai ke Stadium Negeri Batu Kawan bermula jam 9 pagi untuk merasai sendiri aura pesta rakyat ini. Layari



0 Comments
Post a Comment