Dikeluarkan di bawah label Better Noise Music, Yellowcard kali ini buat kejutan besar dengan mengubah lagu hit dorang jadi lebih family-friendly. Kalau versi asal lagu ni dah cukup bertenaga, versi feat. Blippi ni pula ditambah dengan lirik yang lebih playful dan edukatif. Memang sesuai sangat kalau korang nak pasang dalam kereta masa hantar anak pergi sekolah!
Vokalis Yellowcard, Ryan Key, sendiri mengakui yang proses pembikinan lagu ni sangat menyeronokkan. Bayangkan, dorang bagi saja versi instrumental lagu tu kepada team Blippi dan biarkan dorang 'renovate' lirik tu sepenuhnya. Hasilnya? Memang gempak! Ryan yang kini bergelar bapa rasa projek ni sangat istimewa sebab dia boleh kongsi muzik rock dengan anaknya sendiri. Fatherhood goals sangat, kan?
Blippi pun apa kurangnya, dia memang tak sabar nak tengok anak-anak dan ibu bapa menari sekali bila dengar lagu ni. Ini sebenarnya kolaborasi kedua dorang selepas lagu ‘Go Go Go’, jadi keserasian dorang memang tak perlu dipertikaikan lagi.Untuk info korang, lagu ‘Bedroom Posters’ ni sebelum ni memang dah power dekat carta radio, tapi dengan nafas baru ni, Yellowcard nampaknya dah berjaya pancing peminat daripada generasi baru—iaitu 'rocker-rocker cilik' kita!
Sambil korang layan lagu ni, jangan lupa yang Yellowcard bakal memulakan jelajah “Up Up Down Down Tour” dorang di Amerika Syarikat tak lama lagi. Agak-agak ada tak Blippi buat penampilan mengejut atas pentas nanti? Kita tunggu dan lihat!

0 Comments
Post a Comment