Sempena bulan Ramadan, KLGCC Convention Centre (dahulunya dikenali sebagai Sime Darby Convention Centre) membawakan kembali bufet yang dinanti-nantikan, Selera Warisan by D’Anjung, yang berlangsung dari 23 Februari hingga 17 Mac 2026. Bufet ini menghimpunkan kepelbagaian cita rasa Malaysia dalam suasana yang selesa, sesuai untuk majlis berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan serta acara korporat.

Ditawarkan pada harga RM148+ bagi dewasa dan RM74+ bagi kanak-kanak, Selera Warisan menampilkan pelbagai hidangan kegemaran tempatan. Antara tarikan utama ialah stesen panggang secara langsung yang menyajikan Kambing Panggang Serantau, sate legenda bersama kuah kacang, serta Lidah Bakar yang disediakan segar sepanjang malam. Para tetamu juga boleh menikmati hidangan klasik seperti Daging Salai Masak Lemak, Gulai Ayam Jertih, Kambing Masak Hitam Manis Kandar dan Ikan Pari Asam Pedas Melaka, diikuti dengan pencuci mulut tradisional seperti Bubur Lambuk, Pengat Nangka dan Serawa Durian yang membangkitkan suasana Ramadan yang penuh nostalgia.


Bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung, KLGCC Convention Centre turut menyediakan kemudahan surau serta tempat letak kenderaan percuma yang luas, selain ruang dalaman yang telah diperbaharui dengan sentuhan moden dan suasana yang mesra untuk pertemuan bermakna.

Dalam masa yang sama, Santapan Tradisi by Dapur Ramadan Buffet turut kembali di Kuala Lumpur Golf & Country Club dari 20 Februari hingga 18 Mac 2026, berlatarbelakangkan suasana tepi kolam yang unik. Bufet ini pada asalnya disusun khas untuk ahli, namun turut dibuka kepada orang ramai pada harga RM190+ bagi dewasa, manakala ahli menikmati kadar istimewa RM170+ bagi dewasa. Kanak-kanak pula dikenakan bayaran RM75+, menjadikannya pilihan sesuai untuk majlis korporat dan sambutan bersama keluarga.

Secara keseluruhannya, KLGCC Convention Centre dan KLGCC mencerminkan penawaran hospitaliti dan gaya hidup bersepadu oleh Sime Darby Property, menyediakan lokasi premium yang mudah diakses untuk menghimpunkan komuniti dalam meraikan tradisi dan detik kebersamaan sepanjang Ramadan. Untuk tempahan atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi KLGCC Convention Centre di +6019 6088 001 atau KLGCC di +603 2011 9187, +603 2011 9189, atau +6019 295 384.