Putrajaya, 28 Februari 2026
–  Di sebalik penganjuran “Iftar di Rumah Lauk”, Marvelous Mama Sdn Bhd turut memperkukuh kedudukannya sebagai pemain industri makanan dengan kejayaan menembusi pasaran antarabangsa. Syarikat ini dikenali sebagai pengeluar makanan sejuk beku sedia dimakan dengan pelbagai produk popular seperti rendang, lemang durian, ketupat palas, daging dendeng, serta sata ikan dan ayam. Produk-produk ini kini telah dipasarkan ke Dubai dan London, dengan perancangan untuk memperluaskan lagi eksport ke negara lain dalam masa terdekat. Sata keluaran Marvelous Mama khususnya mendapat pujian ramai kerana keaslian rasa dan keseimbangan rempah, manakala lemang durian dan serawa pula dijangka menjadi hidangan kegemaran menjelang Aidilfitri. Dengan strategi pengembangan yang agresif termasuk pembukaan restoran di Kuala Lumpur, London dan Jakarta, Marvelous Mama terus melakar langkah besar dalam membawa makanan tradisi Malaysia ke peringkat global.