Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. tampil sebagai Rakan Strategik Sambutan Hari Kebangsaan 2026 anjuran Kementerian Komunikasi yang berlangsung meriah di Dataran Putrajaya. Penglibatan ini menjadi tanda sokongan Gardenia terhadap usaha memperkukuh semangat patriotisme, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia, selaras dengan tema Hari Kebangsaan 2026, “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.

Penyertaan Gardenia dalam sambutan penuh bermakna ini turut mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong agenda negara, selain menyemarakkan semangat kebersamaan dan kecintaan terhadap tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bersempena dengan sambutan ini, Gardenia turut memperkenalkan produk baharu daripada rangkaian Original Classic, iaitu Roti Susu Gardenia Original Classic Supreme 400g. Produk baharu ini diperkenalkan bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna dalam kategori roti, khususnya menerusi penambahan variasi roti susu dengan kepingan yang lebih tebal.

Roti Susu Original Classic Supreme diperkaya dengan tekstur yang lembut, membolehkan pengguna menikmati pengalaman yang lebih memuaskan bermula daripada suapan pertama. Roti ini bukan sahaja mengekalkan identiti Original Classic, “Sungguh Enak… Dimakan Begitu Sahaja”, malah sesuai digunakan untuk menghasilkan pelbagai resipi lazat.

Keistimewaan tersebut menjadikan Roti Susu Original Classic Supreme pilihan yang versatil untuk dinikmati pada setiap waktu hidangan, sama ada secara terus mahupun sebagai sebahagian daripada hidangan kreatif bersama keluarga.


Sebagai sebahagian daripada komitmen sempena majlis perarakan Hari Kebangsaan ini, Gardenia turut menyumbangkan pelbagai produk roti Gardenia dan barangan cenderahati eksklusif kepada para pengunjung. Sebanyak 5,000 unit cenderahati eksklusif berupa kipas tangan, selain produk-produk Gardenia yang lain dengan jumlah keseluruhan bernilai RM15,000, telah diedarkan kepada pengunjung.

Pada majlis Pra-pelancaran Sambutan Merdeka yang diadakan pada 12 Ogos 2026 lalu, Gardenia turut mengedarkan sebanyak 600 buku Roti Susu Original Classic Supreme bagi memberi peluang kepada orang awam merasai sendiri keenakan roti susu tersebut.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen Gardenia untuk berkongsi kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 serta mendekatkan jenama dengan masyarakat melalui pengalaman yang lebih bermakna.

Selain itu, Gardenia turut membuka tapak jualan khas di Perkampungan Rakan Strategik, Dataran Putrajaya sepanjang sambutan berlangsung. Sebanyak 1,000 pek kombo jualan ditawarkan dengan promosi istimewa pada harga serendah RM10.

Pek kombo tersebut menggabungkan pelbagai produk roti Gardenia, termasuk produk terbaharu Roti Susu Original Classic Supreme. Pengunjung turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif dan menarik yang sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga.

Penglibatan ini bukan sahaja menambah kemeriahan sambutan, malah memberi peluang kepada keluarga untuk meluangkan masa berkualiti bersama-sama dalam suasana sambutan Hari Kebangsaan.

Penyertaan Gardenia sebagai Rakan Strategik mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong inisiatif kerajaan serta menyumbang kepada kejayaan Sambutan Hari Kebangsaan 2026.

Melalui penglibatan ini, Gardenia berharap dapat terus bersama-sama rakyat Malaysia dalam menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan mewujudkan pengalaman sambutan yang bermakna untuk seisi keluarga.