Suasana gegak-gempita Konsert Jiwa Kacau di Stadium Hoki Bukit Jalil bukan sahaja dibanjiri lautan peminat muzik, malah turut menjadi saksi kepada pelancaran gaya hidup baharu menerusi kemunculan rasmi NEX, air mineral generasi baharu Malaysia.
Booth NEX menjadi tumpuan ribuan pengunjung yang hadir awal sebelum persembahan bermula. Barisan panjang bukan sekadar untuk menyertai permainan interaktif “spin & win” atau mendapatkan barangan eksklusif edisi terhad — tetapi mencerminkan keterujaan terhadap jenama baharu yang tampil penuh semangat dan berani ini.
Detik paling mencuri perhatian malam itu tiba sebelum persembahan Kerispatih, apabila pelakon dan ikon gaya hidup popular, Fattah Amin, membuat penampilan mengejut di atas pentas. Beliau diumumkan secara rasmi sebagai Duta Jenama NEX, mengukuhkan lagi mesej jenama yang meraikan kesegaran, kesihatan dan ekspresi diri. Dengan gaya hidup aktif dan imej bersih yang dimilikinya, Fattah mewakili semangat generasi kini — menjadikan beliau padanan sempurna untuk NEX.
Majlis pelancaran turut menyajikan tayangan perdana Video Rasmi NEX berdurasi 30 saat di skrin utama stadium. Paparan visual yang menggabungkan kesegaran, tenaga dan gaya kontemporari itu memperlihatkan dengan jelas bahawa NEX bukan sekadar air mineral — ia adalah lambang gaya hidup dalam botol.
Mengangkat falsafah “Hydrate to Elevate”, NEX diperkaya dengan mineral semula jadi untuk menyokong kesihatan fizikal dan mental pengguna. Ia bukan sahaja membantu anda kekal segar dan fokus, malah menjadi teman ideal bagi mereka yang aktif dan sentiasa bergerak ke hadapan.
Bersempena pelancaran ini, NEX turut melancarkan peraduan “Hydrate & Win” yang berlangsung hingga 22 Ogos 2025. Dengan hanya pembelian minimum RM10 produk NEX secara dalam talian dan meninggalkan ulasan di Shopee atau TikTok, pengguna berpeluang untuk memenangi ‘Day Out’ eksklusif bersama Fattah Amin. Menariknya, dua pembeli dengan nilai tertinggi semasa hari konsert telah diumumkan sebagai pemenang pertama peraduan tersebut.
Kini, NEX boleh didapati dengan mudah menerusi TikTok Shop dan Shopee (@nexbeverage). Kemudahan pembelian ini membuka ruang lebih luas untuk semua kekal terhidrat dengan penuh gaya — bila-bila masa, di mana sahaja.
Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif, ikuti NEX di TikTok dan Instagram @nexbeverage.
NEX bukan sekadar minuman. Ia adalah penyataan diri.
0 Comments
Post a Comment