Sebagai peranti boleh lipat paling nipis dan kukuh yang pernah diperkenalkan oleh HONOR, Magic V5 bukan sahaja tampil bergaya dengan reka bentuk futuristik, malah menawarkan pengalaman hiburan bertaraf flagship. Gabungan Magic V5 dan pembesar suara Harman Kardon menjadikan peranti ini bukan sekadar telefon, tetapi juga sebuah pusat hiburan mudah alih untuk tontonan drama, muzik atau sesi karaoke bersama rakan dan keluarga. Pembesar suara Harman Kardon terkenal dengan kualiti audio jernih dan bass yang padu, menjadikan ia pelengkap sempurna untuk menikmati kandungan multimedia di mana-mana sahaja.
Tidak cukup dengan itu, HONOR turut menawarkan perlindungan jaminan yang dipertingkatkan untuk Magic V5 — satu kelebihan tambahan yang memberi ketenangan kepada pengguna dalam menikmati sokongan selepas jualan. Dengan kapasiti bateri sebesar 5820mAh, pengguna boleh menikmati hiburan sepanjang hari tanpa gangguan, memastikan prestasi mantap dan berterusan sepanjang penggunaan.
Tempoh pra-pesanan Magic V5 akan bermula sebaik sahaja pelancaran rasmi berlangsung pada 15 Julai ini. Pengguna boleh menyaksikan siaran langsung pelancaran menerusi Facebook rasmi HONOR Malaysia. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari laman web www.honor.com/my atau ikuti platform media sosial HONOR Malaysia.
Kini hanya tinggal lima hari lagi — tandakan kalendar anda dan bersiap sedia untuk menjadi antara yang pertama memiliki HONOR Magic V5 bersama hadiah eksklusif yang tiada tandingan!

0 Comments
Post a Comment