KUALA LUMPUR, 27 Julai 2026 – Pasaran telefon pintar boleh lipat di Malaysia semakin berkembang, dan HONOR muncul sebagai antara jenama yang paling dipercayai apabila menguasai kira-kira satu pertiga daripada keseluruhan jualan dalam kategori tersebut.
Menurut data pengguna dalaman HONOR, peningkatan bilangan pengguna yang beralih daripada jenama flagship lain kepada HONOR Magic V6 didorong oleh kombinasi lima kelebihan utama, iaitu harga yang berbaloi, ketahanan luar biasa, bateri berkapasiti besar, teknologi telefon boleh lipat yang inovatif serta perlindungan selepas jualan yang komprehensif.
Ketika telefon boleh lipat premium lain ditawarkan pada harga yang lebih tinggi, HONOR Magic V6 membuktikan bahawa pengguna masih boleh menikmati teknologi terbaik tanpa perlu membayar lebih. Dengan harga permulaan RM7,699, ia menawarkan spesifikasi premium yang memenuhi keperluan pengguna moden.
HONOR Magic V6 menampilkan Super Steel Hinge berkekuatan 2,800MPa yang direka untuk penggunaan jangka panjang dan mampu menahan tekanan ekstrem. Ia turut menjadi telefon boleh lipat pertama dalam segmennya yang memiliki penarafan IP68 dan IP69, selain menggunakan HONOR Anti-Scratch NanoCrystal Shield untuk perlindungan skrin yang lebih menyeluruh.
Peranti ini dipadankan dengan bateri silikon-karbon 6,660mAh yang merupakan terbesar dalam kelasnya, bersama pengecasan pantas 80W berwayar dan 66W tanpa wayar bagi memastikan penggunaan tanpa gangguan.
Dalam aspek fotografi, kamera telefoto 64MP dengan penstabilan imej CIPA 6.5 menghasilkan imej zum yang lebih jelas dan stabil. Paparan ultra terang sehingga 6,000 nits, teknologi 4,320Hz PWM Dimming serta salutan anti-pantulan turut meningkatkan pengalaman penggunaan dalam pelbagai keadaan.
HONOR Magic V6 juga menawarkan pengalaman produktiviti bertaraf komputer melalui Fast Flex, PC-Level Multi-Flex dan HONOR Share yang menyokong pemindahan fail merentas Android, iPhone dan Mac dengan lebih mudah.
Sebagai nilai tambah, setiap pembelian HONOR Magic V6 disertakan Perlindungan Skrin Retak selama setahun dan Jaminan Kualiti selama dua tahun, menjadikannya antara telefon pintar boleh lipat paling lengkap dan bernilai dalam pasaran hari ini.


0 Comments
Post a Comment