Mengangkat slogan “Hangat Bukan Beshe-Beshe!”, AMT 2025 membawa nafas segar kepada legasi program Melodi yang telah mencorakkan industri hiburan Malaysia sejak 1993. Kini, dengan pendekatan lebih dinamik dan kontemporari, penganugerahan ini menobatkan figura-figura yang bukan sahaja mencipta momen tular, tetapi turut menyentuh hati dan mencorak landskap hiburan era digital.
Malam kemuncak AMT 2025 bakal berlangsung pada 3 Ogos 2025 jam 9 malam, disiarkan secara langsung di TV3 dan distrim eksklusif melalui Tonton. Acara Karpet Merah Melodi Berapi pula boleh ditonton secara langsung menerusi TikTok Melodi Berapi dan TV3 Malaysia bermula jam 8 malam, menampilkan Fiza Frizzy dan Imran Aqil sebagai pengacara utama. Sementara itu, pentas utama bakal digegarkan oleh gandingan pengacara penuh karisma dan jenaka, Ain Edruce dan Fikry Ibrahim.
Menurut Puan Marlia Zul Amran, Pengurus Besar Kandungan Program TV3, AMT 2025 adalah simbol perubahan dan kemajuan hiburan tempatan. “Kami meraikan individu yang benar-benar mencetus gelombang, yang trending bukan hanya kerana nama, tetapi kerana naratif dan impak yang mereka bawa. Ini adalah ruang untuk rakyat menentukan siapa yang layak digelar TERHANGAT!”
11 Kategori Terhangat Yang Dirai:
-
Selebriti Drama Sangat Terhangat
-
Tonton Original Terhangat
-
Selebriti Ikon Terhangat Dikuasai Oleh Samsung Galaxy
-
Selebriti Couple Goals Terhangat
-
Selebriti Maskulin Terhangat
-
Selebriti Feminin Terhangat
-
Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat
-
Selebriti Trending Terhangat
-
Selebriti Stailo Terhangat
-
Selebriti Newcomer Terhangat
-
Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar
Kemuncaknya adalah Anugerah Melodi Terhangat 2025 – Ultimate Award, penghargaan tertinggi kepada selebriti paling berpengaruh dan inspiratif berdasarkan impak dan sokongan peminat.
Undian 100% Ditentukan Rakyat
Gabungan Hebat: Samsung Galaxy & PROTON
Sebagai rakan penaja bersama, Samsung Galaxy menambah unsur interaktif dan teknologi canggih ke pentas AMT 2025. Sementara itu, PROTON menggegarkan arena sebagai Penaja Kereta Rasmi dengan pelancaran Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar, cabaran kreatif yang berlangsung dari 5–26 Julai 2025. Pemenang bakal membawa pulang sebuah All-New PROTON X50, manakala pembeli terpilih sepanjang kempen ini berpeluang memenangi tiket VIP ke malam anugerah.
Jelajah Superstar Melodi Terhangat: Hiburan Turun Ke Jalanan!
Rakyat juga berpeluang merasai kehangatan AMT 2025 melalui Melodi Terhangat Superstar Tour bersama PROTON X50 dan selebriti kegemaran anda di lokasi berikut:
Sambutan luar biasa dijangka memeriahkan setiap destinasi dengan gaya, glamor, serta peluang eksklusif bertemu selebriti!
Melodi terus melangkah jauh, bukan hanya sebagai program infotainmen mingguan, tetapi sebagai jenama yang mencerminkan evolusi hiburan Malaysia. Kini bersiaran setiap Khamis, jam 9 malam, Melodi diterajui Ain Edruce dan Fikry Ibrahim dengan pengisian yang lebih bold, bertenaga dan penuh kejutan.
AMT 2025 adalah bukti nyata bahawa suara peminat dan rakyat kini menjadi nadi utama hiburan. Raikan mereka yang benar-benar “terhangat”!
📣 Undi artis pilihan anda sekarang dan cipta sejarah bersama AMT 2025!
0 Comments
Post a Comment