Memasuki edisi keempat, Gempak Most Wanted Awards (GMWA) kembali meraikan pencipta digital dan figura terkemuka dalam industri hiburan Malaysia. GMWA 2025 akan disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, pada 15 Februari 2026, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), menampilkan persembahan, kolaborasi, dan detik kemenangan yang mengujakan. Tahun ini, GMWA membawakan tema ‘Re-Culture’ sebagai cerminan tafsiran semula elemen budaya yang telah sebati dalam masyarakat agar terus relevan dengan peredaran zaman. Konsep ini diterjemahkan secara menyeluruh dalam setiap aspek malam anugerah termasuk kod pakaian, persembahan pentas, serta kolaborasi artis. Melalui gabungan ekspresi kontemporari dan pengaruh budaya tempatan, GMWA 2025 meraikan perjalanan evolusi budaya yang dinamik sambil mengekalkan nilai bersama dan identiti kreatif sebagai tunjang utama.

“Kami amat teruja GMWA terus mendapat sokongan padu daripada para peminat, calon, rakan kongsi, dan komuniti digital,” kata Syazwan Zakariah, Ketua Content Studio, Astro. “Setiap tahun, kita menyaksikan kemunculan pencipta digital baharu serta kandungan yang segar, namun GMWA kekal berpegang pada tradisi untuk meraikan pempengaruh serta selebriti yang membawa nilai positif kepada masyarakat melalui medium hiburan. Tema tahun ini, ‘Re-Culture’, membawa lebih makna kerana ia bukan sekadar satu konsep, tetapi menjadi suatu penghubung. Dengan memperkasa barisan calon dan pencipta kandungan menerusi kerja-kerja komuniti, kami ingin memastikan usaha menghidupkan budaya bukan sekadar simbolik, tetapi benar-benar membawa perubahan kepada masyarakat.”

Kemeriahan acara bermula dengan Showcase Gempak Most Wanted Awards 2025, sebuah program karpet merah interaktif yang disiarkan di Astro Ria dan Astro Gempak pada jam 8.30 malam. Dikendalikan oleh penyampai ERA, Isha Norsham, bersama pencipta kandungan MdNo (Muhammad Noor Zakaria), sesi ini meraikan kreativiti dan gaya apabila para tetamu hadir dengan penampilan fesyen ‘Re-Culture’ yang tersendiri. Segmen temu bual turut diperkaya dengan sesi fotografi serta permainan interaktif yang menghubungkan penonton di lokasi dan juga penonton yang mengikuti siaran menerusi platform sosial Astro. Persembahan oleh Sissy Iman, Yonnyboii, Killa Driz, Erika Foo, serta Inferno3 bersama Shiha Zikir menghangatkan pentas karpet merah sebagai pembuka tirai sebelum berlangsungnya malam kemuncak anugerah.

Acara malam kemuncak dibuka oleh pengacara Sean Lee dan Amelia Henderson yang meraikan budaya pop, kreativiti, serta suara yang mencorakkan landskap hiburan Malaysia. Bertemakan ‘Re-Culture’, persembahan dibuka dengan gandingan penari berkelas dunia Zeppo Youngsterz dan nyanyian hebat Aisha Retno. Ini diikuti kolaborasi dinamik oleh Fahimi Rahmat & Nazu serta Zynakal & Zamir Harith yang membawa suntikan bunyi dan perspektif segar ke pentas. Detik istimewa diteruskan dengan persembahan Nadeera bersama Hael Husaini, persembahan istimewa ALPHA, kolaborasi Aina Abdul bersama bintang seberang Fadhilah Intan, vokal memukau Marsha Milan, serta penampilan bakat meningkat naik Zaki Yamani dan Thalita. Malam tersebut mencapai kemuncaknya dengan persembahan penuh meriah Dayang Nurfaizah. Sepanjang malam, para pemenang diumumkan oleh barisan penyampai jemputan termasuk Sharifah Sakinah, Ammar Ahyan, Sophia Albarakbah, Maxximus Towle, Christy Ng & The Bengap Brothers, Que Haidar, Tracie Sinidol, Nylea Adzlan, Haziq Hussni, Munaabella, serta Anzalna Nasir bersama keluarga, menambahkan keterujaan dalam setiap detik penyampaian anugerah. Rakaman penuh GMWA 2025 boleh disaksikan secara On Demand di Astro GO dan sooka, manakala maklumat lanjut boleh didapati di www.astro.com.my atau melalui WhatsApp di 03-9543 3838 untuk langganan atau naik taraf.

Selain meraikan pencapaian dalam dunia hiburan, GMWA 2025 turut mengetengahkan aspek keprihatinan dan tanggungjawab sosial melalui inisiatif Gempak Gives Back. Dengan kerjasama Ronald McDonald House Charities (RMHC) sebagai badan kebajikan pilihan, program ini menyampaikan sokongan dan keceriaan kepada keluarga yang memerlukan melalui beberapa aktiviti seperti ‘makeover’ dapur, balkoni rehat, serta sambutan ulang tahun di rumah kebajikan tersebut. Beberapa calon terpilih turut terlibat dalam aktiviti ini, dengan momen-momen dikongsikan di platform digital Astro Gempak serta saluran milik para calon, memperlihatkan bagaimana pengaruh boleh dimanfaatkan untuk menyebarkan kebaikan dan mendorong perubahan bermakna.

Selain itu, GMWA 2025 menampilkan kategori dan pemenang dalam pelbagai bidang termasuk muzik, drama, program digital, serta pencipta kandungan digital dalam kategori seperti sukan, motivasi dan pendidikan, kecantikan dan fesyen, makanan, hiburan, dan gaya hidup. Acara ini turut menyerlahkan hos dan pengacara program digital terkemuka serta bakat baharu yang terus mengangkat landskap hiburan Malaysia.


LAGU ERA TERGEMPAK

Tajuk Artis

Arah Cinta Sejati Fadhilah Intan & Aina Abdul

Break Misha Omar

KOPI Nazu & Fahimi

Lowkey Lucidrari ft. Hei Nuan

Menamakanmu Cinta Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ade Govinda

Mona Lisa (Bang Bang) ALPHA

Nurcinta Amir Masdi

Peluk Hael Husaini & Nadeera

Rahsia Tuhan Noh Salleh

Seribu Tahun Lagi Imran Ajmain


VIDEO MUZIK TERGEMPAK

Tajuk Artis

Alangkah Hael Husaini

Cak Cak Cekuk Wani Kayrie

Dalam Sujudku Amira Othman

Hijab Rindu Black Hanifah

Kisah Penuh Kecewa Ernie Zakri, Anggi Marito

Lebih Indah Berpisah Bella Astillah & Ade Govinda

MWA! DOLLA

Nara Mimi Fly

P Ramlee Saloma ALPHA

Sesaat Aina Abdul


DRAMA TERGEMPAK

Tajuk Platform/Saluran

Bidaah Viu Malaysia

Curang Tanpa Niat Astro Ria

Dia Bukan Syurga Astro Ria

Dia Imamku Astro Ria

Hilang Dalam Rindu TV3 Malaysia

Honey Minta Maaf Astro Ria

Keluarga Itu TV3 Malaysia

Mandul Bukan Pilihan Astro Ria

Seribu Tahun Astro Ria

Thariq Ridzuwan: His Treasure Astro Ria


PROGRAM DIGITAL TERGEMPAK

Tajuk/Episod Platform/Podcaster

Borak Dulu Baru Kamu S3 (Kamal Adli) Gempak

Kita-Kita Aje! (Shila Amzah) Kita Kita Aje! Podcast

Kuat Bual S2 (Pak Azad) Kuat Bual

Lawak Atau Koyak S2 (Aedy Ashraf) Astro Gempak

Podcast Borak Dalam Galley (Ziana Zain) Zarul Umbrella

Ruang Cerita ZAYAN (Amira Othman) ZAYAN MY

Sembang Kacip (Lakhala Lululu) Hazeman Huzair

Sembang Seram (Jihaa Sham) Safwan Nazri Podcast

Studio Sembang (Christy Ng) ATHQ Media

Youcast (Qawiy Aro) Youcast


HOS PROGRAM TERGEMPAK

Nama,               Nama Rancangan,               Episod,          Platform

Amelia Henderson,      Studio Sembang,              Akim Ahmad,       ATHQ Media

          Caprice  ,              The Caprice Podcast Show,        A.R. Badul,    Caprice Original Films

              Datuk Aznil Hj Nawawi,           Kita-Kita Aje!,    YB Syed Saddiq, Kita Kita Aje Podcast!

Dina Nadzir,  Borak Selebriti, Syanie, SINAR

Farhan Mazlan ,    Podcasterk, Menyesal Tak Buat MasaKecik, Sterk Production

Kecik Khaliquekerr,   Lawak Atau Koyak,   Aedy Ashraf,    Astro Gempak

Muhammad Noor,    Podcast Merentan Apa Harini S2, Kak Vii,  Merentan Studio

Ubai MZ,  Ubai Sentral, Shila Amzah,  Ubai Rohani

Yousaff,    Youcast, Qawiy Ari,      Youcast

Zarul Umbrella,  Podcast Borak Dalam Galley, Ziana Zain,  Zarul Umbrella


DIGITAL CREATOR TERGEMPAK (SPORTS)

Nama Subkategori

Aqil Farhan Sports

Hakim Nanyan Streamer

Juju Soya Gamer & Streamer

Khalish Fitness

Mikail Ghazali Boxing

Padil Sports

Rippo Kun Gamer

Sekys Esports Player

Sharul Aimy Gymnast

Zeem Ahmad Football Freestyler


DIGITAL CREATOR TERGEMPAK (MOTIVATION & EDUCATION)

Nama Subkategori

Adalyna Sumber Manusia

Doctor Frank Kesihatan

Emir Haqim Motivator

Hafiz Baharuddin Perundangan

Izzar Anwari Gaya Hidup

Ms Marza Pendidik

Reina Lum Perundangan

Sir Badang Pendidik

Spacedollah Fakta

Zulkifli Ismail Pendidik


DIGITAL CREATOR TERGEMPAK (BEAUTY & FASHION)

Nama Subkategori

Afina Balqis Kecantikan

Amirul Danial Fesyen & Vlog

Ashrffanuar Fesyen

Ashyy Edward Solekan

Athina Kamarudin Fesyen

Danny Hazziq Fesyen

Eima Safuan Solekan

Elina Aisyah Kecantikan

Nigel Sparks Fesyen

Raidah Nurr Fesyen


DIGITAL CREATOR TERGEMPAK (FOODIE)

Nama Subkategori

Capikkkkkk Pengulas Makanan

Cik Dayang Masakan

Darus Lantak Pengulas Makanan

Georgen Ahli Diet

Isaac Osman Pengulas Makanan

Jason Pengulas Makanan

Norrisham Masakan

Ming Chun Food Pengulas Makanan

Sofiaa Marieylla Masakan

Syiqin Azrin Masakan


DIGITAL CREATOR TERGEMPAK (ENTERTAINMENT)

Nama Subkategori

Achik Mael Parodi & Lakaran

Adam Bakery Parodi & Lakaran

Christy Ng Vlog

Ki Misri Nyanyian

Risk Saidon Parodi, Lakaran & Vlog

Shabina Parodi, Lakaran & Vlog

Steph Beauty Vlog & Temubual Jalanan

The Pretty Mamas Parodi & Lakaran

Wan Chai Parodi & Lakaran

Zuly Ali Pencipta Siaran Langsung


DIGITAL CREATOR TERGEMPAK (LIFESTYLE)

Nama Subkategori

Ainee Suhaidi Gaya Hidup

Allyna Wong Gaya Hidup

Babaglowup Vlog

Bella Khan Gaya Hidup & Vlog

Danish Mbekz Vlog

Fazli Halim Teknologi & Gajet

Hafiz Myra Travel Pelancongan

Khyerun Vlog

Tcer Nana Gaya Hidup & Vlog

Wani Faizun Gaya Hidup & DIY