SPANA secara rasmi melancarkan pusat servis motosikal berteraskan komuniti dengan memperkenalkan pendekatan baharu dalam industri penyelenggaraan motosikal tempatan. Dengan lebih 16 juta motosikal berdaftar di Malaysia, kenderaan dua roda kekal sebagai pengangkutan utama rakyat terutamanya golongan B40 dan pekerja ekonomi gig. Seiring dengan itu, keperluan terhadap perkhidmatan yang telus, berkualiti dan mampu milik semakin menjadi keutamaan.
Bagi memenuhi keperluan tersebut, SPANA memperkenalkan konsep ‘Rider Jaga Rider’, satu model perniagaan yang menggabungkan fasiliti premium, mekanik berpengalaman dan harga yang kompetitif. Menurut Pengerusi , Rosyam Nor, SPANA bukan sekadar sebuah bengkel, sebaliknya satu gerakan komuniti yang menitikberatkan maruah dan keselamatan penunggang motosikal. Beliau menegaskan bahawa ketika seorang rider tersadai di tepi jalan pada jam 3 pagi, nilai bantuan yang ikhlas benar-benar dirasai, dan SPANA mahu setiap penunggang tahu bahawa mereka tidak bersendirian. SPANA juga berpegang kepada prinsip ‘Servis Gaya T20, Harga B40’, memastikan setiap pelanggan menerima layanan kelas pertama tanpa kos tersembunyi.
Sebagai nilai tambah, SPANA memperkenalkan pakej keahlian tahunan pada kadar RM100 setahun yang menawarkan pelbagai manfaat termasuk keistimewaan servis eksklusif, bantuan kecemasan tertakluk kepada terma dan syarat, akses kepada promosi khas ahli serta kelayakan menyertai cabutan bertuah rasmi.Sempena pelancaran rasmi, SPANA menganjurkan Contest Video Terpaling Viral yang menawarkan peluang memiliki Yamaha Y16 pada harga RM88.88 untuk satu unit sahaja, serta Contest Pocket Bike dengan 10 unit ditawarkan pada harga sama. Penyertaan dibuka sehingga 18 April 2026 dengan peserta perlu merakam dan memuat naik video ke TikTok atau Instagram. Setiap pembelian merchandise SPANA melayakkan pelanggan menerima satu tiket cabutan bertuah. Cabutan pertama akan berlangsung pada 14 Februari 2026 sempena majlis pembukaan rasmi, manakala tiket yang tidak menang akan dibawa ke cabutan seterusnya pada 18 April 2026 bersempena Open House Hari Raya SPANA.
Selain itu, SPANA turut menganjurkan Raya Giveaway dengan hadiah utama termasuk Yamaha Y15, wang tunai serta hadiah saguhati dan merchandise eksklusif termasuk Lambretta 250.
Dalam perancangan jangka panjang, SPANA menyasarkan untuk memperluaskan rangkaiannya ke Bangi, Kajang, Cheras dan Shah Alam menjelang tahun 2027 bagi membina ekosistem sokongan komuniti penunggang motosikal yang lebih menyeluruh di Selangor dan Lembah Klang. Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman web rasmi www.spana.my serta platform media sosial SPANA di Instagram, TikTok dan YouTube di bawah nama spana_international.


0 Comments
Post a Comment