Lepas sukses dengan lagu "Ana Yang Punya (1 Ringgit 2 Ringgit)", band alternatif kegemaran ramai, Pitahati, kini kembali dengan single terbaru berjudul “Inchek Karma!”. Bakal dilancarkan secara rasmi pada 24 April ini di bawah label Luncai Emas, lagu ni memang ada 'vibe' yang lebih kurang sama dengan lagu sebelum ni, tapi liriknya kali ni terasa lebih deep dan berani.
Kalau korang dengar betul-betul, lagu ni sebenarnya nak tegur pasal isu karma. Kita semua tahu dalam dunia ni, apa yang kita buat, kita akan dapat balik. Pitahati cuba nak sampaikan pesanan buat individu yang suka buat sesuka hati atau aniaya orang lain tanpa rasa bersalah. Walaupun dorang tak sebut nama sesiapa, tapi liriknya memang ‘makan dalam’ dan sangat kena dengan isu-isu kontroversi yang tengah panas sekarang, terutamanya pasal orang berkuasa yang hilang rasa empati pada masyarakat.
Apa yang menarik, Pitahati masukkan elemen unik iaitu bunyi ayam berkokok kat intro lagu. Bunyi tu bukan saja-saja tau, tapi ada maksud tersirat. Selain simbolik yang karma tu akan sampai awal macam waktu subuh, ia juga satu sindiran sinis buat kita semua—adakah kita ni sebenarnya tengah ‘diayam-ayamkan’ atau dipermainkan oleh pihak tertentu tanpa kita sedar?
Selain lagu, Pitahati juga akan keluarkan video muzik (MV) rasmi pada hari yang sama. Jadi, peminat bukan saja boleh dengar, tapi boleh tengok terus penceritaan visual yang dorang nak sampaikan. Menerusi “Inchek Karma!”, Pitahati harap kita semua boleh ambil pengajaran dan lebih sedar yang setiap benda kita buat, pasti ada kesannya pada orang lain. Jangan sampai ‘Inchek Karma’ datang cari korang dah lah!

0 Comments
Post a Comment