Judul "Memento Mori" yang membawa maksud menghargai setiap detik dalam kehidupan sangat bertepatan dengan semangat Exists. Sejak lagu "Untukmu Ibu" meletup satu ketika dahulu, Exists telah melalui pelbagai fasa—daripada zaman kegemilangan, waktu redup seketika, hinggalah kembali relevan sebagai kumpulan malar segar hari ini. Konsert ini bukan sekadar persembahan biasa, tetapi satu manifestasi rasa syukur mereka kerana masih wujud dan terus diterima baik oleh semua lapisan generasi pendengar.
Apa yang menjadikan konsert ini wajib tonton adalah kehadiran tujuh anggota utamanya di atas satu pentas. Bayangkan gandingan pemuzik handalan seperti Ajai, Shah, Ujang, Along, dan Musa bersama dua vokalis ikonik, Mamat dan Ezad! Kali terakhir mereka berkumpul dalam skala besar adalah pada tahun 2019, jadi ini adalah peluang keemasan untuk melihat mereka "Langkah Seiringan" semula. Pihak penganjur, ICON Entertainment, menjanjikan malam tersebut bakal digelangi lagu-lagu hits yang pasti membuatkan semua penonton menyanyi bersama dari awal hingga akhir.
Bagi Exists sendiri, konsert ini adalah simbol keharmonian mereka. Walaupun masing-masing mempunyai kerjaya sendiri dan pernah melalui pelbagai kontroversi, rasa hormat sesama ahli tetap teguh. Menurut Along, mereka meletakkan perbezaan pendapat di luar demi memastikan kualiti muzik yang terbaik buat peminat. Inilah rahsia sebenar mengapa Exists tetap utuh dan tidak pernah "Mencari Alasan" untuk meninggalkan industri tanpa legasi yang kuat.
Jangan sampai gigit jari! Tiket-tiket konsert ini dinamakan mengikut judul lagu popular mereka dengan harga bermula dari RM228 (Untukmu Ibu) hingga ke kategori eksklusif RM5,000 (Jesnita). Penjualan tiket akan bermula secara rasmi pada 30 April ini jam 11 pagi di



0 Comments
Post a Comment