Dua nama besar yang sedang meningkat naik, Vanessa Zee dan Rony Parulian, baru sahaja melancarkan buah tangan terbaharu mereka berjudul “Takkan Terulang”. Kalau anda sedang mencari lagu yang boleh buat anda 'layan perasaan', inilah naskhahnya. Single kolaborasi ini bukan sekadar lagu cinta biasa, tapi sebuah perjalanan emosi yang sangat jujur tentang peritnya sebuah perpisahan.
Apa yang menarik, lagu ini membawa kita menyelami empat fasa perpisahan yang sangat relatable. Ia bermula dengan fasa persoalan (questioning) di mana kita mula ragu dengan hala tuju hubungan, diikuti dengan fasa penarikan diri (withdrawal) dan ulangan (relapse)—detik di mana rindu sering kali buat kita rasa nak berpaling ke belakang semula. Akhirnya, segalanya disimpulkan dengan fasa penerimaan (acceptance), satu titik noktah yang pahit tapi perlu demi kesembuhan hati sendiri.
Gandingan vokal mereka memang cukup menjadi. Vanessa Zee membawakan karakter vokal indie-pop yang lembut dan jernih, manakala Rony Parulian pula memberikan 'vibe' yang lebih rough dan bertenaga. Siapa sangka, kolaborasi ini sebenarnya bermula daripada minat Vanessa terhadap vokal Rony sehingga beliau pernah memviralkan lagu Rony dalam persembahan live sebelum ini. Memang satu dream collaboration yang akhirnya menjadi kenyataan!
Di belakang tabir, kualiti lagu ini tidak perlu diragui lagi dengan sentuhan produser hebat, Lafa Pratomo, dan arahan vokal daripada Mohammed Kamga. Hasilnya? Sebuah harmoni yang sangat 'mahal' dan menyentuh jiwa. Malah, video muziknya juga dihasilkan dengan visual sinematik yang cukup intim, membuatkan kita rasa seolah-olah sedang menonton sebuah filem pendek tentang duka lara percintaan.
Jadi, buat anda yang sedang dalam proses healing atau sekadar mahu menikmati muzik yang berkualiti, pastikan “Takkan Terulang” ada dalam playlist anda. Single terbaharu daripada Vanessa Zee dan Rony Parulian ini sudah pun tersedia di semua platform penstriman digital utama. Jangan lupa sediakan tisu!
.jpg)

0 Comments
Post a Comment