Pencinta muzik soul dan vintage groove pastinya tidak sabar menantikan 22 Mei ini apabila trio sensasi dari Surabaya, Thee Marloes, bakal melancarkan album terbaharu mereka berjudul Di Hotel Malibu. Dibawa khas oleh label antarabangsa Big Crown Records, album ini menjanjikan 'ear candy' yang segar dengan suntikan vibe retro yang lebih matang dan berani buat pendengar di seluruh dunia.
Selepas kejayaan album sulung Perak, trio yang dianggotai oleh Natassya Sianturi, Sinatrya Dharaka, dan Tommy Satwick ini kembali dengan 14 buah lagu yang memperlihatkan evolusi bunyi mereka. Di Hotel Malibu bukan sekadar album soul biasa; ia adalah sebuah kembara muzikal yang lebih terbuka, eksperimental, dan sarat dengan identiti Indonesia yang kental namun tetap mempunyai daya tarikan global yang universal.
Antara lagu yang bakal menghiasi album ini termasuklah barisan single kegemaran ramai seperti “Harap dan Ragu”, “I’d Be Lost”, serta lagu judul “Di Hotel Malibu”. Menerusi naskhah kali ini, Thee Marloes lebih bebas bermain dengan struktur muzik, warna instrumen baharu, serta ritma yang tidak dijangka, sekali gus memberikan nuansa yang lebih cair dan bersifat dialog berbanding karya terdahulu.
Menurut band ini, inspirasi album ini lahir daripada realiti kehidupan, dinamika percintaan, dan kejayaan yang mereka kecapi sepanjang dua tahun kebelakangan ini. Perhatian luar biasa yang diterima dari peminat antarabangsa telah meniup semangat buat mereka untuk menghasilkan karya yang lebih jujur dan berkualiti tinggi buat santapan telinga peminat muzik alternatif.
Bagi mereka yang mendambakan susunan muzik yang kemas dan vokal yang membuai jiwa, album ini adalah jawapan yang ditunggu-tunggu. Pautan pra-simpan (pre-save) kini telah dibuka di
.jpg)


0 Comments
Post a Comment