Barisan kepimpinan Masjid Mahmoodiah Putrajaya bersama sukarelawan dan ahli komuniti digambar bersama sewaktu pengagihan daging korban dan pek Kiub Pati Lembu MAGGI® bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Turut hadir ialah Tan Sri Othman Bin Haji Mahmood, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Kariah; Tuan Haji Shahrol Niza Bin Shaari, Timbalan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Kariah; Ustaz Abu Bakar Bin Mohamad Noor Al-Hafiz, Setiausaha Ahli Jawatankuasa Kariah; Ustaz Hasnan Fauzan Bin Muhammed, Ketua Bilal; Encik Helmy Bin Mohamed, EXCO Kebersihan & Keceriaan; Encik Mohd Syukri Bin Hanipah, EXCO Belia & Riadah; serta Ustaz Zuliadaini Bin Shafii, Bendahari Ahli Jawatankuasa Kariah.



KUALA LUMPUR, 28 MEI 2026
- Sempena sambutan Aidiladha tahun ini, MAGGI® Malaysia meneruskan tradisi berkongsi rezeki bersama masyarakat menerusi inisiatif “Penyambung Rasa Aidiladha”, yang menyantuni lebih 15,000 keluarga di seluruh negara. Program yang berlangsung dari 28 hingga 30 Mei 2026 ini diadakan di beberapa lokasi terpilih di Pantai Timur, Pantai Utara dan Wilayah Persekutuan, termasuk masjid-masjid komuniti serta Pusat Islam Universiti Malaysia Kelantan. Inisiatif tersebut bertujuan meraikan semangat pengorbanan, kebersamaan dan gotong-royong yang menjadi teras sambutan Aidiladha dalam kalangan rakyat Malaysia.

Melalui program ini, sebanyak 10,000 pek pensampelan khas Kiub Pati Lembu MAGGI® telah diagihkan kepada komuniti setempat bersama daging korban. Setiap pek mengandungi dua unit Kiub Pati Lembu MAGGI® 20 gram serta resipi Sup Daging yang diinspirasikan daripada hidangan tradisional Aidiladha yang dinikmati oleh pelbagai komuniti di seluruh negara.

Antara lokasi yang terlibat termasuk Masjid Zahir di Alor Setar, Masjid Felda Bukit Bading di Terengganu, Masjid Mahmoodiah di Putrajaya dan Pusat Islam Universiti Malaysia Kelantan. Program ini turut menyaksikan kerjasama erat antara MAGGI®, tukang masak komuniti dan para pelajar universiti dalam aktiviti gotong-royong menyediakan Sup Daging untuk diagihkan kepada penduduk setempat.

Wakil MAGGI ® dan Ustaz Abu Bakar bin Mohamad Noor Al-Hafiz, Setiausaha Ahli Jawatankuasa Kariah semasa pengagihan pek Kiub Pati Lembu MAGGI ® di Masjid Mahmoodiah Putrajaya.


Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia dan Singapura, Ivy Tan Link Cheh, Aidiladha bukan sahaja membawa makna berkongsi rezeki, malah menjadi musim yang sinonim dengan tradisi memasak dan menikmati hidangan daging bersama keluarga. Beliau berkata inisiatif tersebut diharap dapat memberi keyakinan kepada generasi muda untuk mempelajari dan meneruskan resipi tradisional yang dekat dengan budaya serta kenangan masyarakat Malaysia.

MAGGI® juga percaya bahawa warisan masakan tempatan perlu diteruskan oleh generasi baharu agar hidangan tradisional tidak hilang ditelan zaman. Melalui resipi seperti Sup Daging yang menjadi antara menu popular Aidiladha, syarikat itu berharap dapat membantu anak muda mendekati semula masakan tradisional yang mempunyai nilai budaya dan kekeluargaan yang tinggi.

Dr. Mohd Rushdan bin Yaso’a (kedua dari kiri), Pensyarah dan Pengarah Pusat Islam Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Chef Residen MAGGI ® , Sharifah Hamidah Syed Mohsin bersama peserta semasa penyediaan hidangan daging menggunakan Kiub Pati Lembu MAGGI ®

Sebagai sebahagian daripada usaha menyokong tradisi memasak masyarakat Malaysia, MAGGI® turut memperkenalkan Kiub Pati Lembu MAGGI® yang baharu. Produk ini dirumus khas untuk membantu menghasilkan rasa daging yang lebih kaya dan menyelerakan dengan cara yang mudah dan praktikal, sesuai digunakan dalam pelbagai hidangan tempatan berasaskan daging.

Selepas musim Aidiladha, produk tersebut akan terus dipasarkan di pasar raya di seluruh negara, membolehkan pengguna menikmati kemudahan menyediakan hidangan kegemaran keluarga pada bila-bila masa.

Melalui inisiatif “Penyambung Rasa Aidiladha”, MAGGI® bukan sahaja berkongsi produk dan resipi, tetapi turut memperkukuhkan nilai kebersamaan yang menjadi asas kepada sambutan Aidiladha. Program ini membuktikan bahawa makanan mempunyai keupayaan untuk menyatukan komuniti, mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memelihara warisan budaya yang diwarisi turun-temurun.