ReGlo memperkenalkan Skin Turnover Protocol sebagai satu inovasi baharu yang mengubah cara masyarakat melihat proses peremajaan kulit, daripada rawatan berkala kepada pembaharuan yang berterusan dan lebih mesra kulit.
Dibangunkan berasaskan sains kulit moden, protokol ini memberi tumpuan kepada pembaharuan sel kulit secara terkawal melalui gabungan rawatan profesional, penyerapan bahan aktif harian dan pemulihan intensif semalaman.
Pengasas ReGlo Lab, Nick Lim berkata, pendekatan ini membuktikan bahawa pembaharuan kulit tidak semestinya memerlukan prosedur agresif atau tempoh pemulihan yang panjang untuk menghasilkan perubahan yang ketara.
Skin Turnover Protocol membantu pengguna mengekalkan kitaran pembaharuan kulit yang sihat menerusi tiga langkah utama iaitu pengaktifan, penyerapan dan penstabilan. Setiap fasa direka untuk memastikan kulit sentiasa menerima sokongan yang diperlukan bagi mengekalkan keseimbangan dan ketahanannya.
Selain mendapat sokongan pakar dermatologi dan estetik, protokol ini turut diperkenalkan kepada media melalui sesi pratonton eksklusif yang menampilkan demonstrasi langsung serta perkongsian pengalaman pelanggan ReGlo.
Melalui pendekatan yang lebih sistematik dan mampan, ReGlo berharap dapat memperkenalkan era baharu penjagaan kulit yang mengutamakan kesihatan jangka panjang tanpa mengorbankan keselesaan pengguna.

0 Comments
Post a Comment