CA Prestige Gold Sdn. Bhd. mengambil satu lagi langkah penting apabila bekerjasama dengan ASTO Hotel dalam usaha memperkukuhkan operasi serta memperluaskan manfaat kepada pelanggan dan ahli Revolusi Prime Gold di seluruh Malaysia. Kerjasama itu diumumkan dalam satu majlis khas yang turut menghimpunkan wakil media dan para ahli syarikat.


Melalui persefahaman ini, pelbagai program seperti seminar, latihan, persidangan dan pembangunan usahawan akan dijalankan di ASTO Hotel. Selain menyediakan lokasi yang lebih kondusif, pelanggan serta ahli juga berpeluang menikmati kadar istimewa untuk penginapan dan kemudahan hotel yang ditawarkan.

Kerjasama tersebut turut merangkumi penganjuran pelancaran produk, sidang media dan acara korporat yang mampu mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak serta memperkukuhkan jaringan dalam industri perdagangan emas dan hospitaliti.



Pada masa yang sama, CA Prestige Gold turut menyerahkan emas fizikal kepada ahli Revolusi Prime Gold yang layak menerima produk mereka mengikut kontrak jual beli syarikat. Pihak syarikat menegaskan bahawa segala urusan jual beli emas fizikal dan pengurusan keahlian dijalankan mengikut undang-undang Malaysia, manakala setiap ganjaran yang diberikan kepada ahli adalah berdasarkan polisi syarikat dan bukan berbentuk pulangan pelaburan atau jaminan keuntungan.