CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) melancarkan Mega Gegar 20 Juta, kempen penghargaan pelanggan terbesar yang dianjurkannya setakat ini, dengan menawarkan hadiah, ganjaran dan promosi eksklusif bernilai keseluruhan RM20 juta kepada rakyat Malaysia. Berlangsung dari 23 Julai hingga 30 September 2026, kempen ini menjadi tanda penghargaan CelcomDigi kepada lebih 20 juta rakyat Malaysia yang telah memberikan kepercayaan dan sokongan sepanjang perjalanan syarikat itu.
Menerusi kempen ini, pelanggan berpeluang memenangi 20 hadiah utama serta lebih 70,000 hadiah bonus dengan hanya melakukan transaksi yang layak serendah RM20. Antara ganjaran menarik yang ditawarkan termasuk transformasi rumah pintar berasaskan AI hasil kerjasama Samsung dan The MakeOver Guys, sebuah kenderaan elektrik Proton e.MAS 7, percutian ke destinasi dalam dan luar negara serta akses eksklusif ke konsert anjuran Live Nation.
Tarikan utama kempen ini ialah Kotak Misteri Digital terbesar di aplikasi CelcomDigi, yang memberikan peluang kepada pelanggan untuk membuka kotak misteri dan memenangi pelbagai hadiah menarik. Hadiah bonus akan diumumkan menerusi empat kitaran sepanjang tempoh kempen, manakala pemenang hadiah bonus masih berpeluang merebut hadiah utama.
Penyertaan dalam Mega Gegar 20 Juta turut dibuka kepada pelanggan baharu dan sedia ada menerusi pelbagai produk serta perkhidmatan CelcomDigi. Pelanggan boleh melayakkan diri dengan melanggan atau menaik taraf pelan internet mudah alih dan rumah, mendapatkan peranti melalui Easy360 atau Pakej MegaJimat, melanggan perkhidmatan hiburan dan keselamatan digital, atau menikmati perkhidmatan perayauan serta tambahan internet yang layak.
Selain peluang memenangi hadiah, pelanggan turut berpeluang menikmati pelbagai tawaran eksklusif dan penjimatan tambahan. Antaranya termasuk rebat sehingga RM480 untuk peranti Samsung 5G terpilih, rebat RM240 bagi beberapa peranti seperti OPPO Reno16 F 5G, Xiaomi 17T 5G, HONOR 600 5G, vivo X300 FE 5G dan PlayStation 5 Disc Console (Slim), selain bulan pertama percuma untuk pakej hiburan Asia serta MobileSHIELD bagi pelanggan baharu.
Bagi pelanggan internet rumah pula, CelcomDigi menawarkan rebat tambahan RM60 untuk langganan pelan Home Fibre 300Mbps dan Home WiFi Essential. Semua pembelian dan langganan yang layak bukan sahaja memberikan penjimatan kepada pelanggan, malah turut melayakkan mereka menyertai kempen Mega Gegar 20 Juta dan merebut hadiah sepanjang tempoh promosi.
Kempen ini turut dimeriahkan dengan Mega Gegar 20 Juta Live, sebuah penstriman langsung promosi selama 42 jam di TikTok yang dijadualkan berlangsung dari tengah malam 31 Julai hingga 6 petang 1 Ogos 2026. Sepanjang siaran, pelanggan berpeluang mendapatkan promosi masa terhad dan tawaran eksklusif dengan penjimatan istimewa untuk peranti serta aksesori terpilih melalui laman web dan kedai CelcomDigi yang mengambil bahagian.
Melalui Mega Gegar 20 Juta, CelcomDigi bukan sahaja meraikan pencapaian lebih 20 juta rakyat Malaysia yang menjadi sebahagian daripada perjalanannya, tetapi turut memperkukuh komitmen untuk menyediakan pengalaman digital, sambungan rangkaian dan tawaran yang relevan dengan keperluan pelanggan. Kempen ini menjadi manifestasi penghargaan CelcomDigi kepada pelanggan yang terus menjadi inspirasi kepada perkembangan jenama dan rangkaiannya di Malaysia.

%20Chan%20May%20Ling,%20CelcomDigi%E2%80%99s%20Head%20of%20Brand%20and%20Marketing%20Services,%20Fara%20Aida%20Dahlan,%20CelcomDigi's%20Head%20of%20Corporate%20&%20Brand%20Marcomm%20with%20CD%20Champions.jpg)
0 Comments
Post a Comment