Everse 2026 Bawa Pengunjung Dekati Keindahan Genting Highlands Bersama Wyndham Ion Majestic Hotel



Pengalaman bercuti di Genting Highlands bakal dirasai lebih dekat oleh pengunjung Everse 2026 apabila Wyndham Ion Majestic Hotel dan 1001 Nights Hotel, Trademark Collection by Wyndham, tampil sebagai antara peserta dalam acara yang menggabungkan hiburan, kreativiti dan gaya hidup tersebut. Di bawah naungan NCT Group of Companies (NCT Group), kedua-dua hotel berkenaan akan membawa pelbagai tarikan istimewa menerusi booth khas yang berlangsung pada 18 hingga 19 Julai di Hextar World, Empire City.

Everse 2026 dianjurkan dengan kerjasama SEGi University College sebagai sebuah platform yang meraikan semangat generasi muda melalui pelbagai aktiviti menarik. Acara ini bakal menghimpunkan komuniti pencinta e-sukan, peminat K-pop, penggiat cosplay, usahawan muda serta pencipta kandungan yang ingin meneroka pengalaman baharu dalam dunia hiburan dan gaya hidup.

Menerusi penyertaan ini, Wyndham Ion Majestic Hotel dan 1001 Nights Hotel ingin memperkenalkan identiti mereka sebagai destinasi penginapan yang menggabungkan keselesaan, rekreasi dan pengalaman unik dalam suasana tanah tinggi. Pengunjung yang hadir ke booth berkenaan berpeluang mengetahui lebih lanjut mengenai kemudahan eksklusif seperti bilik bertema, ruang pemerhatian dengan pemandangan panoramik, tarikan Edge Skywalk Hoverland serta Hard Rock Cafe Genting Highlands.



Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan untuk menjadikan kunjungan ke booth lebih bermakna. Pengunjung boleh mengabadikan momen menerusi sesi bergambar dengan latar belakang Genting Highlands, menyertai permainan "Guess the Destination" untuk menguji pengetahuan mengenai lokasi pelancongan serta mencuba Mystery Box yang menawarkan pengalaman penuh kejutan berkaitan hotel.

Tidak hanya memperkenalkan tarikan hotel, Everse 2026 turut menjadi peluang untuk pengunjung mendapatkan tawaran penginapan istimewa. Rockstar Stay Package yang ditawarkan pada harga RM488 memberikan pengalaman lengkap menerusi penginapan satu malam untuk dua orang di 1001 Nights Hotel, sarapan pagi, set hidangan untuk dua orang di Hard Rock Cafe Genting Highlands serta hadiah eksklusif daripada Hard Rock Cafe.

Pengunjung juga berpeluang memeriahkan acara dengan menyertai Everse Lucky Draw menerusi sistem kad cop yang disediakan. Selepas melengkapkan tiga aktiviti di booth Wyndham Ion Majestic Hotel, pengunjung akan menerima cop khas dan layak mendapatkan hadiah percuma yang disediakan khas untuk para peserta.



Tee Yih Fung, Naib Presiden Eksekutif Ion Majestic Hospitality Sdn Bhd merangkap Ketua Strategi Korporat dan Pembangunan Perniagaan NCT Group berkata, pengalaman pelanggan menjadi keutamaan dalam industri hospitaliti kerana setiap kunjungan seharusnya meninggalkan kenangan istimewa. Beliau menjelaskan bahawa penyertaan di Everse 2026 selari dengan usaha pihaknya untuk memperkenalkan pengalaman unik Wyndham Ion Majestic Hotel dan 1001 Nights Hotel kepada lebih ramai pengunjung menerusi pendekatan yang lebih interaktif.

Terletak dalam pembangunan Grand Ion Majestic di Genting Highlands, kedua-dua hotel ini menawarkan pengalaman percutian moden pada ketinggian kira-kira 6,000 kaki dari aras laut. Dengan pemandangan gunung yang menenangkan serta pelbagai kemudahan seperti rooftop sky pyramid tertinggi di Malaysia, kolam renang air panas, jambatan kaca dan ruang acara moden, Wyndham Ion Majestic Hotel serta 1001 Nights Hotel terus menjadi pilihan untuk mereka yang mencari percutian premium dalam suasana tanah tinggi.

Everse 2026 akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam pada 18 dan 19 Julai di Hextar World, Empire City. Orang ramai dijemput hadir bagi menikmati pelbagai aktiviti menarik serta meneroka pengalaman hospitaliti istimewa yang dibawakan oleh Wyndham Ion Majestic Hotel dan 1001 Nights Hotel.