PUTRAJAYA, 30 JUN 2026 – Putrajaya kini bukan lagi sekadar dikenali sebagai pusat pentadbiran negara, malah semakin menyerlah sebagai destinasi pelancongan dan MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran) yang menawarkan pengalaman gaya hidup menyeluruh. Perkembangan ini dipacu oleh IOI Resort City yang menghimpunkan kemudahan hospitaliti, penginapan bertaraf antarabangsa, pilihan gastronomi, pusat beli-belah serta ruang acara dalam satu lokasi bersepadu. Kehadiran tiga hotel di bawah Marriott International iaitu Le Méridien Putrajaya, Palm Garden Hotel Putrajaya dan Moxy Putrajaya turut memperkukuh kedudukan Putrajaya sebagai destinasi pilihan pelancong tempatan, pelawat antarabangsa, pelanggan korporat dan penganjur acara.
Setiap hotel menawarkan identiti dan pengalaman yang tersendiri bagi memenuhi keperluan pelbagai segmen pengunjung. Le Méridien Putrajaya mengetengahkan pengalaman penginapan premium yang menggabungkan elemen seni, budaya dan kulinari, sekali gus menjadi pilihan utama untuk majlis perkahwinan, persidangan serta acara korporat. Bersempena ulang tahunnya yang ke-10 tahun ini, hotel tersebut terus memperkenalkan pelbagai pengalaman gastronomi dan pakej penginapan yang memberikan nilai tambah kepada para tetamu.
![]() |
| Le Meridien Putrajaya adalah destinasi majlis perkahwinan impian dan menyediakan ruang sofistikated bagi majlis keraian dan acara korporat sekaligus memudahkan para penganjur dalam menguruskan acara. |
Bagi mereka yang mengutamakan suasana lebih tenang, Palm Garden Hotel Putrajaya menawarkan konsep resort yang mengangkat warisan Malaysia dalam persekitaran hijau yang mendamaikan. Pengalaman menjamu selera di Madam Lee Nyonya Private Dining, Baba Bar dan Palms Café membolehkan pengunjung menikmati keunikan cita rasa tempatan dan Peranakan. Penambahan Durian Hub pada masa akan datang turut dijangka memperkayakan lagi pengalaman pelancongan berasaskan budaya dan makanan tempatan.
Sementara itu, Moxy Putrajaya menyasarkan generasi moden yang gemarkan suasana santai, sosial dan penuh tenaga. Hotel ini menawarkan ruang komuniti yang dinamik, restoran dan bar yang bergaya serta pemandangan indah Putrajaya dari Moxy Bar, menjadikannya lokasi ideal untuk percutian hujung minggu, staycation dan aktiviti sosial. Konsep hospitaliti yang lebih kasual dan interaktif ini memberikan pilihan berbeza kepada pelancong yang mencari pengalaman unik sepanjang berada di Putrajaya.
Gabungan ketiga-tiga hotel ini membuktikan bahawa IOI Resort City berjaya membentuk sebuah ekosistem pelancongan yang lengkap, merangkumi penginapan, kulinari, rekreasi dan kemudahan acara dalam satu destinasi. Dengan pelbagai pilihan yang memenuhi cita rasa keluarga, pelancong, pelanggan perniagaan serta penganjur acara, Putrajaya kini semakin kukuh sebagai destinasi pelancongan moden yang mampu bersaing di peringkat serantau dan antarabangsa.








0 Comments
Post a Comment