Penyanyi terkenal Malaysia, Shila Amzah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah apabila mengadakan konsert mega “KITA – 25 Tahun Bersama” sempena meraikan ulang tahun ke-25 penglibatan beliau dalam industri muzik.

Konsert tersebut bakal berlangsung pada 15 Ogos 2026, jam 7.30 malam di Arena of Stars, Resorts World Genting dengan jangkaan kehadiran lebih 5,000 peminat.

Dianjurkan oleh Pink Asia, konsert ini merupakan penghargaan terhadap perjalanan panjang Shila Amzah yang bukan sahaja berjaya di Malaysia, malah mencipta nama di pentas antarabangsa.

Bersempena Visit Malaysia 2026, acara ini dijangka menarik peminat luar negara khususnya dari Singapura, Indonesia, Brunei, China dan negara-negara Asia Tenggara.

Shila bakal mempersembahkan 40 lagu sepanjang konsert tersebut termasuk lagu popular “Ada Saja”, “Tragik”, “Kita Berdansa”, “Masih Aku Cinta”, “Memori Tercipta” dan “Temberang”.

Selain persembahan utama, konsert ini turut menampilkan segmen khas Tribut Sudirman, Tribut Michael Jackson serta Fish Leong Medley.

Antara artis yang bakal membuat penampilan istimewa termasuk DJ Fuzz, Balan Kashmir, Kidd Santhe, Mimy Fly dan Hael Husaini.

Menurut Shila Amzah, konsert ini merupakan satu penghargaan kepada peminat yang sentiasa menyokong perjalanan seninya sejak awal pembabitan dalam dunia muzik.

Sementara itu, Pengarah Syarikat Pink Asia, Mr. Ravivarman Vicraman berkata, pihaknya mahu menjadikan “KITA – 25 Tahun Bersama” sebagai sebuah produksi premium yang menggabungkan muzik, teknologi visual dan pengalaman hiburan bertaraf dunia.

Konsert ini turut menerima sokongan daripada The Coffee Bean & Tea Leaf sebagai Rakan Rasmi, Resorts World Genting dan Visit Malaysia 2026 sebagai Rakan Strategik.

Peminat boleh mendapatkan tiket rasmi menerusi Ticket2U.com.my dan rwgenting.com untuk menyaksikan sendiri malam bersejarah bersama Shila Amza