16 June 2026,
Kuala Lumpur –
Tune Talk, pengendali mudah alih berasaskan teknologi awan (cloud-native) di Malaysia, memperkenalkan inisiatif “Port Masuk Nombor Mudah Alih Tanpa Rumit” (Zero-Hassle Mobile Number Port-in) bagi memudahkan pengguna bertukar ke rangkaian baharu tanpa berdepan proses pentadbiran yang kompleks. Langkah ini menandakan usaha Tune Talk untuk mengubah pengalaman pertukaran penyedia perkhidmatan mudah alih dengan menghapuskan halangan yang sering menyebabkan pengguna teragak-agak untuk berpindah rangkaian.

Inisiatif ini hadir ketika Tune Talk mencatat pertumbuhan kukuh selepas melengkapkan Fasa 1 pembangunan rangkaian teras cloud-native pertama seumpamanya di ASEAN menerusi kerjasama bersama Nokia. Jumlah pelanggan Tune Talk meningkat daripada kurang satu juta pada tahun 2024 kepada 1.8 juta pelanggan menjelang pertengahan 2026, sekali gus mendorong syarikat memperkukuh pengalaman pengguna melalui proses peralihan yang lebih mudah, pantas dan telus.

Menurut Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Gurtaj Singh Padda, transformasi kepada rangkaian cloud-native bukan sekadar berkaitan peningkatan infrastruktur, tetapi turut memberi tumpuan kepada penyediaan pengalaman digital yang lebih baik kepada pelanggan. Beliau berkata, Tune Talk memahami kebimbangan pengguna terhadap proses pertukaran rangkaian, termasuk isu nombor telefon, kesinambungan perkhidmatan dan kerumitan pentadbiran, justeru inisiatif baharu ini diwujudkan bagi memastikan peralihan dapat dilakukan dengan lebih lancar.

Melalui rangka kerja “Port Masuk Tanpa Rumit”, Tune Talk memperkenalkan pendekatan tiga langkah yang lebih mudah difahami pengguna. Sebelum membuat permohonan, pengguna boleh melakukan semakan awal bagi memastikan maklumat pendaftaran tepat, status pemilikan talian disahkan serta sebarang isu seperti tunggakan dapat diselesaikan. Proses seterusnya melibatkan permohonan melalui aplikasi Tune Talk, pengesahan identiti digital eKYC, pengesahan SMS daripada penyedia lama dan pengaktifan SIM baharu atau eSIM selepas proses pertukaran selesai.

Tune Talk turut memberi perhatian terhadap kebimbangan pengguna berkaitan gangguan perkhidmatan digital ketika proses port masuk. Dengan pendekatan yang lebih tersusun, pengguna boleh terus menggunakan nombor telefon sedia ada tanpa menjejaskan perkhidmatan penting seperti WhatsApp, transaksi perbankan melalui TAC serta kod pengesahan OTP. Ini membolehkan pengalaman pertukaran rangkaian berlaku dengan lebih yakin dan tanpa gangguan besar.

Selain menawarkan proses port masuk yang lebih mudah, pengguna baharu Tune Talk turut menikmati akses kepada ekosistem ganjaran dalam aplikasi, manfaat gaya hidup serta ciri digital yang disokong oleh rangkaian moden dan automatik. Pendekatan ini mencerminkan strategi Tune Talk untuk menawarkan nilai lebih menyeluruh kepada pengguna, bukan hanya bersaing dari aspek harga dan jumlah data semata-mata.

Dengan memperkenalkan pengalaman port masuk yang lebih lancar, Tune Talk berhasrat menjadikan kebebasan memilih penyedia perkhidmatan mudah alih sebagai satu pengalaman yang lebih mudah dicapai oleh rakyat Malaysia. Inisiatif ini selari dengan visi syarikat untuk membina rangkaian masa hadapan serta menyediakan laluan digital yang lebih mudah kepada pengguna yang ingin menikmati perkhidmatan mudah alih yang lebih baik.

Panduan dan pelan tindakan digital untuk proses port masuk kini boleh diakses oleh orang ramai melalui Aplikasi Tune Talk dan laman web rasmi Tune Talk.

Untuk maklumat lanjut, layari www.tunetalk.com/ atau ikuti @TuneTalk di Facebook, Instagram, dan X.