Safi memperkenalkan fasa baharu dalam perjalanan Safi Youth Gold Rania menerusi pelancaran semula rangkaian penjagaan kulit yang membawa mesej lebih mendalam tentang kecantikan, keyakinan dan kekuatan wanita Malaysia.

Menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan, Safi mengetengahkan pandangan bahawa keremajaan bukan sekadar mengenai penampilan fizikal, tetapi turut melibatkan rasa yakin, penghargaan terhadap diri sendiri serta keseimbangan emosi dalam menjalani kehidupan seharian.

Pelancaran ini memperlihatkan Safi Youth Gold Rania dengan identiti baharu serta formulasi yang dipertingkatkan menggunakan teknologi Peptida Kolagen. Pembaharuan tersebut mencerminkan usaha berterusan Safi dalam menghasilkan produk penjagaan kulit yang memenuhi keperluan wanita masa kini.


Selain rangkaian Youth Gold Rania, Safi turut memperkenalkan beberapa inovasi terkini termasuk PDRN Booster Repair Serum, serum PDRN Spicule Halal pertama di Malaysia, CycloPeptide Water Elixir dengan teknologi CycloPeptide pertama di Malaysia serta Beauty Miracle Oil.

Setiap produk dibangunkan berdasarkan pemahaman terhadap keadaan kulit wanita Malaysia yang berhadapan dengan cabaran iklim tropika. Gabungan teknologi moden dan penyelidikan mendalam membolehkan Safi menghasilkan penyelesaian penjagaan kulit yang lebih relevan untuk pengguna tempatan.

Dengan sokongan ujian klinikal, rangkaian inovasi Safi ini membantu menjadikan kulit kelihatan lebih anjal, cerah dan berseri dalam tempoh penggunaan seawal tiga hari.

Lebih daripada sekadar pembaharuan produk, Safi turut mengembalikan nama Rania yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah jenama tersebut. Nama ikonik itu terus menjadi simbol kecantikan, keyakinan dan keanggunan wanita yang tidak terikat dengan usia.

Menurut Pakar Jenama dan Tinjauan Maklumat Safi Malaysia, Kazlina Mohd Kassim, pemahaman terhadap keperluan wanita menjadi asas utama dalam pembangunan kempen Semarakkan Seri Keremajaan.

Beliau berkata, hasil mendengar pengalaman wanita menunjukkan bahawa ramai sebenarnya tidak hanya mencari penampilan yang lebih muda, tetapi turut ingin mendapatkan kembali keyakinan, tenaga positif dan rasa percaya terhadap diri sendiri.

Dalam kehidupan yang penuh dengan tanggungjawab terhadap keluarga, kerjaya dan masyarakat, ramai wanita sering meletakkan keperluan diri sendiri sebagai perkara terakhir. Justeru, Safi mahu mengingatkan bahawa menjaga diri merupakan satu bentuk penghargaan yang penting.

Bagi membawa mesej kempen lebih dekat kepada masyarakat, Safi membuka peluang kepada 100 wanita Malaysia untuk berkongsi kisah perjalanan hidup mereka. Perkongsian tersebut melibatkan pengalaman tentang cabaran, pengorbanan, perubahan dan usaha mencari semula keyakinan diri.

Daripada kisah yang diterima, lima wanita dipilih untuk mengikuti perjalanan transformasi yang memfokuskan kepada perkembangan diri, penerimaan diri dan pembinaan keyakinan. Kisah mereka kemudiannya dikongsikan melalui kandungan inspirasi yang memaparkan realiti kehidupan wanita Malaysia.



Antara kisah yang diketengahkan termasuk perjalanan seorang ibu sepenuh masa, pengalaman ibu tunggal, perubahan kehidupan selepas bergelar ibu, cabaran hubungan dengan perbezaan usia pasangan serta usaha membina semula kehidupan selepas melalui pelbagai pengalaman.

Dalam pelancaran yang sama, pelakon dan usahawan terkenal Fasha Sandha diumumkan sebagai duta baharu Safi Youth Gold Rania. Beliau dipilih kerana mencerminkan nilai seorang wanita moden yang kuat, berani dan sentiasa bangkit menghadapi perubahan hidup.

Kehadiran Fasha sebagai wajah baharu jenama ini selari dengan semangat kempen yang mengajak wanita untuk menerima diri sendiri, menghargai perjalanan hidup masing-masing dan terus melangkah dengan penuh keyakinan.

Kempen Semarakkan Seri Keremajaan turut diserikan dengan nafas baharu lagu Gemilang, lagu popular nyanyian Jaclyn Victor yang diberi olahan semula bagi membawa mesej kebangkitan dan keyakinan wanita.

Melalui pelancaran semula Safi Youth Gold Rania, Safi meneruskan komitmennya untuk menyokong wanita Malaysia bukan sahaja melalui inovasi penjagaan kulit, tetapi juga dengan mesej yang menggalakkan mereka menghargai diri dan menyerlahkan potensi diri.

Kerana bagi Safi Youth Gold Rania, kecantikan sebenar bukan hanya tentang usia atau penampilan, tetapi tentang keyakinan untuk menjadi diri yang paling bersinar.