Kempen 'Reset Rasa' Spritzer Sparkling meraikan kekayaan warisan makanan Malaysia dengan menggandingkan air mineral semula jadi berkarbonat yang menyegarkan dengan hidangan ikonik tempatan seperti nasi lemak. Ia bertindak sebagai penyegar daria rasa yang membantu rakyat Malaysia menghayati semula keaslian rasa dalam setiap suapan.

TAIPING, 25 Ogos 2026
– Makanan merupakan antara elemen yang paling dekat dengan kehidupan rakyat Malaysia, malah menjadi simbol kepelbagaian budaya yang menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang. Daripada nasi lemak dan sate kepada kuetiau goreng serta roti canai, pelbagai hidangan tempatan bukan sekadar memenuhi selera, tetapi turut mencerminkan warisan dan identiti negara yang dikongsi bersama.

Sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia, Spritzer Sparkling memperkenalkan kempen ‘Reset Rasa’ yang mengajak rakyat Malaysia menikmati semula hidangan tempatan kegemaran dengan perspektif yang berbeza. Kempen ini diinspirasikan daripada kekayaan budaya makanan Malaysia dan bertujuan mengingatkan orang ramai supaya kembali menghargai keistimewaan rasa, tekstur serta aroma hidangan warisan yang mungkin dianggap biasa kerana sering dinikmati dalam kehidupan seharian.

Melalui kempen ini, Spritzer Sparkling mengetengahkan nasi lemak sebagai antara hidangan ikonik Malaysia dan menggandingkannya dengan air mineral semula jadi berkarbonat tersebut sebagai minuman penyegar rasa. Pendekatan ini memberi peluang kepada pengguna untuk menyegarkan deria ketika menikmati makanan, sekali gus memberikan pengalaman menjamu selera yang lebih menyerlah tanpa mengubah keaslian hidangan.

Spritzer Sparkling turut menampilkan tiga manfaat utama sebagai pelengkap hidangan, iaitu ‘Menyegar Deria’, ‘Keaslian Dirasai’ dan ‘Meningkat Rasa’. Karbonasinya membantu menyegarkan deria dan putik rasa, manakala sifatnya yang tiada gula dan tanpa kalori membolehkan pengguna menikmati rasa sebenar makanan tanpa rasa manis berlebihan. Gabungan tersebut menjadikan Spritzer Sparkling pilihan yang sesuai untuk menemani pelbagai hidangan tempatan.

Menurut Ketua Pemasaran Spritzer, Shiao Chan, makanan mempunyai kuasa untuk menghubungkan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bahasa dan latar belakang. Menerusi ‘Reset Rasa’, Spritzer mahu menggalakkan orang ramai meluangkan masa untuk menghargai semula keistimewaan hidangan tempatan yang sudah sebati dalam kehidupan mereka, sambil mencipta pengalaman rasa yang baharu.

Bagi menghidupkan kempen ini, Spritzer turut menerbitkan filem komersial Merdeka ‘Reset Rasa’ yang mengetengahkan elemen kebanggaan, nostalgia dan kegembiraan rakyat Malaysia ketika menikmati makanan kegemaran mereka. Filem tersebut turut menggambarkan bagaimana makanan terus menjadi penghubung antara generasi dan budaya, sekali gus mengukuhkan mesej bahawa kepelbagaian kulinari merupakan salah satu perkara yang menyatukan rakyat Malaysia.

Kempen ‘Reset Rasa’ menjadi satu ajakan untuk rakyat Malaysia memperlahankan langkah dan kembali menikmati perkara yang mungkin selama ini dianggap biasa. Dalam meraikan Merdeka dan Hari Malaysia, hidangan tempatan bukan sahaja boleh dinikmati sebagai makanan, malah dihargai sebagai sebahagian daripada warisan dan pengalaman bersama yang membentuk identiti negara.

Salah satu adegan daripada filem komersial Merdeka 'Reset Rasa' dengan Spritzer Sparkling, yang menggalakkan rakyat untuk menghayati kelazatan makanan tempatan kegemaran mereka melalui perspektif baharu bersama Spritzer Sparkling, teman ideal untuk setiap hidangan Malaysia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai resipi serta tarikh dan lokasi siri jelajah Spritzer Sparkling, sila layari laman sesawang kempen di: Merdeka 2026 : Reset Rasa dengan Spritzer Sparkling - Spritzer® Natural Mineral Water